Kejayaan Bekas-bekas Pelajar















Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub








Beliau menuntut di sekolah ini sebelum Perang Dunia Pertama.Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pusat di Kuala Lumpur, Ketua Menteri Sarawak dan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.













Yang Amat Berhormat Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud










Beliau menuntut di sekolah ini sebelum perang dunia Kedua dan selepas perang iaitu pada tahun 1947. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pusat di Kuala Lumpur dan kini beliau merupakan Ketua Menteri Sarawak.









Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar George Chan Hong Nam
















Beliau menuntut di sekolah ini sebelum perang dunia Kedua. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Sarawak dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak.












Yang Berhormat Encik Lee Kim Shin












Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Joseph dan kemudiannya  meneruskan pelajaran di sekolah Menengah St. Joseph Miri sehingga tamat Tingkatan 5.Beliau kemudian mengambil peperiksaan HSC secara persendirian, mengikut pengajian di luar Kampus Universiti Sains Malaysia dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dalam bidang Sains Politik. Pada tahun 1983, beliau mendapat segulung Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan. Beliau kini telah dilantik sebagai Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan.








Yang Berhormat Encik Ling Sie Kiong


Beliau bersekolah di Sekolah Menengah St. Joseph Miri dari tahun 1996 - 2006.Mendapat pendidikan awal di SK St. Joseph.Semasa bersekolah, beliau aktif dalam mengelolakan konsert dan kerja-kerja amal.Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Taylor's College Subang JayaCurtin University of Technology Sarawak Campus dan tahun 2006 pula di University of Sheffield. Sekarang beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan Piasau, Miri.