The Josephian


VISI

SMK St. Joseph Miri sebagai sekolah bercirikan Sekolah Wawasan Negara sejak 1932, akan menjadi Sekolah Terbilang Kebangsaan menjelang 2010.






MISI

Untuk memberi pendidikan bertaraf dunia kepada murid melalui pendekatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah kearah melahirkan warganegara Malaysia  yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam Akedemik, Kokurikulum, Sahsiah dan Kepimpinan.




IKRAR

Kami warga SMK St. Joseph Miri, berikrar akan mengamalkan ;


  • Budaya sekolah cemerlang dan penyayang
  • Sikap bertanggungjawab dan progresif
  • Semangat berpasukan dan penuh komitmen
  • Akhlak mulia dan proaktif
  • Berfikiran kreatif dan inovatif
Selaras dengan visi pendidikan negara bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia.





PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga SMK St. Joseph, Miri dengan penuh tekad dan iltizam berikhrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk ;

  • Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.
  • Membentuk jentera sekolah yang cekap, berkesan, dinamik, berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
  • Mewujudkan organisasi sekolah yang sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan iaitu pelajar, guru, staf dan masyarakat.
  • Melaksanakan program ilmu untuk mencapai kecemerlangan dalam PMR dan SPM
  • Menyediakan kemudahan yang selesa, lengkap dan cukup selaras dengan pengelaman perkhimatan penyayang.
  • Menyediakan staf yang mencukupi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab, produktif dan berdedikasi.
  • Memberi layanan yang adil, mesra dan sedia membantu pelanggan.
  • Menghasilkan pelajar yang rajin, tekun, berani progresif, bertanggungjawab dan berpandangan jauh.
  • Memberi kerjasama kepada JPN dalam semua program yang dianjurkan dengan dedikasi.
  • Bertindak segera dan memberikan maklumat-maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan tepat kepada JPN.
  • Memberi layanan dan kerjasama yang sebaik-baiknya kepada agensi-agensi kerajaan seperti JKR, JAN serta badan-badan swasta.
  • Menepati masa membuat pembayaran iaitu dalam jangka masa 30 hari dari tarikh pembelian kepada syarikat-syarikat perniagaan.



MATLAMAT SEKOLAH

SMK St. Joseph Miri pernah memenangi anugerah sekolah Harapan Negeri Sarawak pada tahun 1996, berusaha meningkatkan lagi kualiti pencapaian yang cemerlang dan seimbang dalam kurikulum, kokurikulum, sahsiah pelajar, hubungan masyarakat dan keceriaan.

Membina imej sekolah sebagai Sekolah Premier/Elite, Sekolah Berwatak atau Sekolah Berkesan berteraskan perkembangan budaya cemerlang di sekolah.

Menyediakan kemudahan dan pusat serta proses pendidikan yang terbaik untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara melahirkan insan yang seimbang dan sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Melahirkan suasana persaingan kolaboratif yang sihat dan semangat juang untuk berjaya dikalangan pelajar supaya mereka dapat melanjutkan plelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.




OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH 

Bagi mencapai matlamat Pendidikan Sekolah Menengah, pendidikan diperingkat menengah bertujuan untuk membolehkan pelajar ;

  • Mempertingkatkan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan
  • Mempertingkatkan dan meluaskan penguasaan dan pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu ke arah mencapai perpaduan negara
  • Menyumbangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta daya pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif
  • Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasasi kemahiran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian
  • Berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-kemahiran selaras dengan perkembangan baru dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi
  • Memiliki keterampilan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi cabaran hidup
  • Memahami, menginsafi dan menghayati sejarah serta latar belakang sosiobudaya negara
  • Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya



TEMA SEKOLAH

Kami warga SMK St. Joseph Miri dengan ikhlas akan sentiasa prihatin memelihara tema-tema berikut ;

  • To Love and To Serve
  • Sekolah Penyayang
  • Sekolah Cemerlang
  • Sekolah dalam Taman
  • Budaya Ilmu



LAGU SEKOLAH

All of St. Joseph's a voice is resounding
Promptly respon to your duty's sweet call
Answer you all for the trumpets are calling
Your mater's proclaiming her watchword to all

Chorus:

Forward her children dear
Ever with hearts sincere
Render with joy to your matter's due
All that is vile reject, heaven will ever protect
All of St. Joseph's be valiant and true

"Love and Serve" your motto's still bearing
Love and Serve in ways that are just
True your standard in doing and daring
Like faithful Josephian in heaven you trust.