Buku Panduan Staf 2012 Edisi Ke-9



BAB 1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


A. PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.   FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.



2.     MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Unggul Penjana Genarasi Terbilang

3.     VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


4.     MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
2.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera.
3.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
4.
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

5.      PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kami warga Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
1.
Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat pendidikan negara;
2.
Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan falsafah pendidikan Kebangsaan;
3.
Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keseluruhan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya;
4.
Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan;
5.
Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana;
6.
Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif;
7.
Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang;
8.
Memastikan Kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan pelanggan – murid, guru, masyarakat dan negara / kerajaan;
9.
Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

Kami warga Kementerian Pelajaran bersedia akan menimbangkan apa jua yang dikemukakan kepada kementerian berkaitan dengan pelaksanaan Piagam Pelanggan ini.
6.      OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

Bagi mencapai matlamat Pendidikan Sekolah Menengah, pendidikan di peringkat menengah bertujuan untuk membolehkan pelajar;
i.
Mempertingkatkan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi berkesan.
ii.
Mempertingkatkan dan meluaskan penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu ke arah mencapai perpaduan negara.
iii.
Menyumbangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.
iv.
Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta mengamalkan dalam kehidupan seharian.
v.
Berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-kemahiran selaras dengan perkembangan baru dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi.
vi.
Memiliki ketrampilan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi cabaran hidup.
vii.
Memahami, menginsafi dan menghayati sejarah serta latar belakang sosiobudaya negara.
viii.
Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk memelihara.
ix.
Peka, prihatin dan menghargai alam serta nilai-nilai estetika.
x.
Memiliki dan menghayati nilai-nilai murni.
xi.
Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk menambahkannya dan mengembangkannya.
xii.
Memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.


7.     PRINSIP-PRINSIP KBSM

1.
Keseimbangan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah.
2.
Pendidikan umum untuk semua pelajar.
3.
Penggunaan disiplin ilmu yang ada.
4.
Kesepaduan antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani.
5.
Penekanan kepada nilai-nilai murni.
6.
Peningkatan penggunaan Bahasa Melayu.
7.
Pendidikan seumur hidup.


8.     RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA  mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI,  rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

9.      WAWASAN 2020 – SEMBILAN CABARAN

Ø  Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.
Ø  Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan diri bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
Ø  Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
Ø  Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
Ø  Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletak kesetiaan mereka kepada satu negara.
Ø  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Ø  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan dan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
Ø  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Ø  Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

10.    NILAI TERAS SEKOLAH MENENGAH

10.1  Rajin
10.2         Usaha
10.3         Berilmu
10.4 Berfikir
10.5 Amanah
10.6 Berakhlak mulia
10.7 Ikram


B.  PENDIDIKAN DI SARAWAK

1.     VISI JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK

Organisasi yang berwibawa dan unggul dalam semua aspek perkhidamtan pendidikan


2.     MISI JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK

Memastikan pengurusan semua aspek perkhidmatan pendidikan di semua peringkat dilaksanakan secara paling berkesan untuk mencapai matlamat


3.     PIAGAM PELANGGAN JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK

Kami warga Pelajaran Negeri Sarawak dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
1.
Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
2.
Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga minggu setelah menerima senarai guru Maktab dan Universiti dari Kementerian Pelajaran dan memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah, dua minggu sebelum sekolah bermula.
3.
Memastikan semua jenis permohonan diproses oleh JPN dalam tempoh tidak melebihi satu bulan dari tarikh permohonan diterima.
4.
Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan.
5.
Menentukan kekosongan jawatan pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya kekosongan.
6.
Memastikan tuntutan daripada guru dan bukan guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh tuntutan diterima.
7.
Memastikan semua urusan peperiksaan awam dilaksanakan tanpa cacat.
8.
Memastikan jabatan Pelajaran sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan

8.1  Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang segera, mesra  dan tepat.

8.2    Menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada dan mengenai Jabatan Pelajaran,
PPD/PPG dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh surat diterima.
9.
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan nama baik Jabatan.


C.  PENDIDIKAN DI SMK ST. JOSEPH MIRI

1.     MATLAMAT SMK ST. JOSEPH MIRI

1.
SMK St. Joseph Miri pernah memenangi anugerah Sekolah Harapan Negeri Sarawak pada tahun 1996, berusaha meningkatkan lagi kualiti pencapaian yang cemerlang dan seimbang dalam kurikulum, kokurikulum, sahsiah pelajar, hubungan masyarakat dan keceriaan fizikal.
2.
Membina imej sekolah sebagai Sekolah Premier/Elite, Sekolah Berwatak dan Sekolah Berkesan berteraskan perkembangan budaya cemerlang di sekolah.
3.
Menyediakan kemudahan dan pusat serta proses pendidikan yang terbaik untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara melahirkan insan yang seimbang dan sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
4.
Melahirkan suasana persaingan kolaboratif yang sihat dan semangat juang untuk berjaya dalam kalangan pelajar supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.


2.     VISI SMK ST. JOSEPH MIRI (Tahun 2011 – 2015)

SMK St. Joseph Miri terunggul kebangsaan menjelang 2015


3.     MISI SMK ST. JOSEPH MIRI

Membangun potensi individu melalui pendekatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ke arah melahirkan generasi terbilang

4.     MOTO/ TEMA SMK ST. JOSEPH MIRI

TO LOVE AND SERVE


5.     IKRAR SMK ST. JOSEPH MIRI

Kami warga SMK St. Joseph Miri, berikrar akan mengamalkan;
  • Budaya sekolah cemerlang dan penyayang.
  • Sikap bertangggungjawab dan progresif.
  • Semangat berpasukan dan penuh kemesraan.
  • Akhlak mulia dan proaktif.
  • Berfikiran kreatif dan inovatif.
Selaras dengan visi pendidikan Negara bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia.


6.     PIAGAM PELANGGAN SMK ST. JOSEPH MIRI

Kami, warga SMK St. Joseph Miri dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
1.
Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.
2.
Membentuk jentera sekolah yang cekap, berkesan, dinamik berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
3.
Mewujudkan organisasi sekolah yang sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan, pelajar, guru, staf dan masyarakat.
4.
Melaksanakan program budaya ilmu untuk mencapai kecemerlangan dalam PMR dan SPM.
5.
Menyediakan kemudahan yang selesa, lengkap dan cukup selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang.
6.
Menyediakan staf yang mencukupi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab, produktif dan berdedikasi.
7.
Memberi layanan yang adil, mesra dan sedia membantu pelanggan.
8.
Menghasilkan pelajar yang rajin, tekun, berani, progresif, bertanggungjawab, dan berpandangan jauh.
9.
Memberi kerjasama kepada JPNS dan JPBM dalam semua program-program yang dilanjutkan dengan dedikasi.
10.
Bertindak segera dan memberikan maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan tepat kepada JPNS.
11.
Memberi layanan dan kerjasama yang sebaik-baiknya kepada agensi-agensi kerajaan seperti JKR, JAN, SESCO, LAKU, MPM, serta badan-badan swasta.
12.
Menepati masa membuat pembayaran iaitu dalam jangka masa 30 hari dari tarikh pembelian kepada syarikat-syarikat perniagaan.


BAB 2

TATASUSILA DAN ETIKA PERKHIDMATAN


A.     LAGU GURU MALAYSIA                               PENDIDIK BUMI KENYALANG

Lagu dan senikata:  HASHIM AHMAD               Lagu & Lirik: Zainal Ariffin Abdul Ghani

Kami guru Malaysia                                            Pendidik bumi kenyalang                   
Berikrar dan berjanji                                            Berdiri teguh berjanji tetap setia
Mendidik dan memimpin                                                Membimbing mendidik putera puteri Sarawak
Putera-puteri Negara kita                                     Menuju cita mulia

Pada Seri Paduka                                                 Kata pasti kami kota
Kami tumpahkan setia                                         Inilah sumpah yang kami janjikan
Rukun Negara Kita                                              Berkhidmat berbakti dengan hati yang ikhlas
Panduan hidup kami semua                                 Amanah timbang rasa

Di bidang pembangunan                                      Korus:
Kami tetap bersama                                             Segala rintangan itu hanya cabaran
Membantu membina                                            Bersatu setiap masa
Negara yang tercinta                                            Pupukan semangat perpaduan
                                                                            Tingkatkan nilai kerja
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan                                              Maju Sarawak bahagia
Apa yang kami janji                                            Kamilah pendidik pembentuk masa depan
Tunai, tetap kami tunaikan                                              Membimbing sentiasa walau di mana saja
                                                                            Jujur setiap masa

                                                                            Pendidik di bumi kenyalang
                                                                            Dari seluruh Negara Malaysia
                                                                            Bersama menuju kea rah cita-cita
                                                                            Mendidik anak bangsa


B.     IKRAR GURU

Bahawasanya kami guru Negara Malaysia dengan ini berikrar:

·         Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami.
·         Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami.
·         Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara pada setiap masa

C.    TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG

1.
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
2.
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
3.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
4.
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
5.
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
6.
Berpegang teguh kepada ajaran agama



D.     BUDAYA KERJA SEKOLAH

1.
Memahami dan menghayati

1.1  Falsafah Pendidikan Negara

1.2  Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah
2.
Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, Jabatan dan Kementerian Pendidikan setiap masa.
3.
Mementingkan mutu dan kesan pendidikan
4.
Menentukan objektif (setiap tugas)
5.
Mengamalkan kerja secara bermesyuarat  dan berpasukan
6.
Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah
7.
Mengamalkan sikap jujur, ikhlas amanah serta adil
8.
Mengamalkan perkhidmatan penyayang
9.
Kepimpinan melalui teladan
10.
Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri
11.
Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
12.
Kerja adalah ibadah


E.     TUJUH ETIKA KHIDMAT INSAN CEMERLANG

1.
AZAM POSITIF

·              Tingkatkan pencapaian prestasi kelab/persatuan
·              Mengikuti khemah/kursus/taklimat/latihan/perbincangan kongsi pengalaman/idea/program
·              Sikap terbuka, menerima teguran/kritikan
·              Bersemangat, proaktif, berdikari
·              Kesanggupan mengaku kesilapan sendiri
·              Berikhtiar untuk belajar daripada kesilapan
·              Berusaha memperbaiki keupayaan dan kemahiran

2.
BERTANGGUNGJAWAB

·              Bekerja dengan jujur, ikhlas dan rajin
·              Melaksanakan semua tugas dengan sempurna mengikut prosedur/arahan yang betul
·              Bermaksud “committed, caring and concern”

3.
CUCI

·             Amalan BERSIH, CEKAP dan AMANAH
·             Pegangan kepada ajaran agama dan adat resam yang bermoral tinggi
·             Berakhlak mulia – budi bahasa, perlakuan dan pemikiran
·             Ketrampilan – Pakaian, Gaya, dan Etika pertuturan yang baik

4.
DIRI

·              Amalan sentiasa mengikis kepentingan peribadi
·              Sentiasa berjasa untuk kemajuan kelab/persatuan/sekolah
·              Bersedia berkhidmat untuk kelab/persatuan/sekolah/negara

5.
ERATKAN

·             Hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli organisasi kelab
·             Sentiasa bermesra, salam muhibah, semangat persaudaraan
·             Friendly, firm, and fair without favouritism

6.
KEFAHAMAN






·             Tentang konsep perpaduan, kerjasama, tolong-menolong
·             Sentiasa menghormati satu sama lain
·             Bertoleransi, bertolak ansur dan bertimbang rasa

7.
GABUNGAN

·             Tenaga konsep perpaduan, kerjasama, tolong-menolong
·             Penyalahgunaan dadah, penyanggak mata wang
·             Anasir-anasir subversif (penghasut, pemberontak, pengganas)


F. ETIKA KEPIMPINAN

1.
Tanggungjawab

  • Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah serta dengan penuh minat, disiplin dan dedikasi
  • Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri sendiri
  • Sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi
  • Sentiasa memelihara maruah negara
  • Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan tegas dalam melaksanakannya

2.
Sikap

  • Sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling serta berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
  • Sentiasa bersikap positif dan bertangunggjawab
  • Mempunyai fikiran terbuka dan sentiasa menerima teguran daripada semua pihak untuk faedah organisasi dan negara.
  • Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat
  • Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakan sejawat, baik pihak atasan mahupun rakan sejawat di bawahnya.

3.
Perwatakan dan peribadi

  • Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan berperawakan yang baik
  • Sentiasa bersabar dan bertenang dalam menghadapi masalah dan cabaran
  • Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
  • Menjaga hubungan baik dengan setiap golongan masyarakat

G. ETIKA KEPIMPINAN








Etika ialah sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.  Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah, dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.  Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan.

Profesion keguruan pula, sama seperti profesion dalam kejuruteraan, perubatan dan peguam, mempunyai kod etika demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya.  Di Malaysia “Tatasusila Profesion Keguruan” yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan, merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesion.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa depan.

“Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini, kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:




1.
Tanggungjawab terhadap pelajar
a)          Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain
b)          Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama
c)          Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya
d)          Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran
e)          Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan, dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar
f)           Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

2.
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
a)           Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka
b)           Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumahtangga
c)           Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa tentang keadaan rumahtangga atau tentang anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
d)           Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana
e)           Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar
f)            Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga mereka

3.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara

a)           mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
b)           Memupuk sikap dan menerapkan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama
c)           Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat
d)           Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawaan masyarakat.  mengamalkan tingkah laku yang sopan dan diterima oleh masyarakat serta menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

4.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

a)           Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru
b)           Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru
c)           Berusaha dengan gigih untuk menunaikan tanggungjawab bersungguh-bersungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial
d)           Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan
e)           Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan
f)            Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru
   



5.
Nilai-nilai Keguruan


 Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi pewaris kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan.  Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan tidak kurang pentingnya.  Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya.  Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik serta murni.  Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.

h.   Sifat dan Kualiti Peribadi


1.      Baik hati
2.      Jenaka
3.      Sabar
4.      Bertanggungjawab
5.      Yakin
6.      Kepimpinan

       
Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti sosial seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

i.     Sifat dan Kualiti Sosial/Tingkah Laku


1.      Budi pekerti
2.      Ramah mesra
3.      Merendah diri
4.      Semangat berbakti
5.      Jujur

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti profesional seseorang guru merangkumi
semangat berdedikasi, peka kepada perubahan, sedar tentang keperluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran, dan mempunyai inovasi dalam tugas.


J.     Akauntabiliti Guru


Mengikut kamus Dwibahasa, perkataan “akauntabiliti” dihuraikan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.  Jadi di bawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.


1.
Bidang akauntabiliti

a)               Bidang pekerjaan
b)               Sekolah
c)               Tingkah laku sendiri
d)               Murid
e)               Profesion

2.
Akauntabiliti terhadap

a)               Negara
b)               Pendidikan
c)               Pelajar
d)               Ibu bapa
e)               Diri sendiri


K.    TONGGAK DUA BELAS


a)               Keseronokan Kerja
b)               Nikmat mencipta
c)               Menghargai masa
d)               Ketekunan membawa kejayaan
e)               Kemuliaan kesederhanaan
f)                Ketinggian peribadi
g)               Kekuatan sifat baik hati
h)               Kebijaksanaan berkhidmat
i)                 Keutamaan kesabaran
j)                 Peningkatan bakat
k)               Pengaruh teladan
l)                 Kewajipan menjalankan tugas

L. PERATURAN AM STAF SMK ST. JOSEPH MIRI
1.
Arahan Am

1.1       Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.  Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2       Guru dan staf sokongan dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
1.3       Guru hendaklah menghayati Tatasusila Profesional Keguruan dan menjunjungnya secara profesional dan bukan sebagai pekerjaan/mata pencarian semata-mata.
1.4       Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati Prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
1.5       Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
1.6       Guru dan staf sokongan perlu meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
1.7       Guru dan staf sokongan perlu bertanggungjawab untuk menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
1.8       Guru dan staf sokongan perlu sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
1.9       Guru dan staf sokongan perlu menjadi “role-model”.
1.10   Guru dan staf sokongan perlu menunjukkan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’.
1.11   Guru dan staf sokongan perlu menjalankan tugas dengan semangat berpasukan – TEAM

2.
Kehadiran Bekerja

2.1   Guru dan staf sokongan MESTI mematuhi Jadual Waktu Bekerja yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2   Guru dan staf sokongan dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu bekerja bermula.
2.3   Kehadiran bekerja guru dan staf sokongan MESTI dicatat dengan Mesin Pencatat Masa (Time Recorder) semasa sampai di sekolah dan sewaktu balik dari sekolah.
2.4   Guru dan staf sokongan yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan bertulis dan sebab-sebab yang wajar kepada Pengetua. 
2.5   Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat atas sebab yang tidak dapat dielakkan MESTI memberitahu Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran secepat mungkin supaya Aturan ‘Sit In’ dapat diuruskan.
2.6   Semua urusan peribadi guru dan staf sokongan hendaklah dibuat di luar waktu bekerja kecuali dalam keadaan kecemasan dengan kebenaran Pengetua.

3.
Keluar Waktu bekerja

3.1   Guru dan staf sokongan TIDAK dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu bekerja kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.
3.2   Guru dan staf dikehendaki memohon kebenaran keluar daripada Pengetua dan mencatat tujuan dan waktu keluar serta balik dalam Buku Rekod Keluar di Pejabat Am sekolah. 
3.3   Guru perlu memberi dan menyediakan kerja rumah untuk pelajar melalui Penolong Kanan Pentadbiran / Guru Aturan Sit-In sebelum meninggalkan sekolah.
3.4   Guru dilarang meninggalkan kelas tanpa kebenaran Ketua Jabatan dan Aturan Sit-In.
4.
CUTI

4.1  Cuti Rehat / Cuti Penggal Persekolahan

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A/ (30) bertarikh 24 Disember, 1993 dan Perintah Am Bab C (50), guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan Cuti Rehat.  Tetapi guru boleh dipanggil balik untuk bertugas rasmi semasa cuti penggal oleh Pengetua tidak melebihi tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas rasmi selain daripada tugas mengajar.


4.2.  Cuti Sakit

4.2.1        Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
4.2.2        Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
4.2.3        Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji.
4.2.4        Perintah Am Bab C (15-21) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991.
4.2.5        Semua anggota berkelayakan.
4.2.6        Syarat:
Ø   Berdasarkan Sijil Sakit daripada doktor kerajaan atau swasta (dalam pusat perkhidmatan).
Ø   Mesti dihabiskan di hospital atau di rumah pegawai melainkan jikalau ditetapkan oleh seseorang pegawai perubatan sebaliknya.


4.3.  Cuti Tanpa gaji

4.3.1        Mengikut Perintah Am Bab C (14), Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
4.3.2        Bilangan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
4.3.3        Cuti Tanpa Gaji tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
4.3.4        Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri.  Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu  sebelum tarikh bercuti.
4.3.5        Semua pegawai yang sudah dilantik secara tetap berkelayakan.
4.3.6        30 hari setahun genap, 360 hari sepanjang perkhidmatan.
4.3.7        Syarat:
      Atas sebab persendirian yang sahih lagi mustahak.
Ø   Dicatat dalam Kenyataan Perkhidmatan dan bukan dalam Catatan Cuti sahaja.
Ø   Tiada gaji bagi tempoh tak hadir bekerja tanpa cuti.
Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu.


4.4   Cuti Separuh Gaji











4.4.1        Mengikut Perintah Am Bab C (13)
4.4.2        Semua pegawai yang sudah dilantik secara tetap berkelayakan.
4.4.3        30 hari setahun genap, 180 hari sepanjang perkhidmatan.
4.4.4        Syarat:
Ø  Atas sebab kesihatan guru sendiri dengan perakuan sebuah Lembaga Perubatan.
Ø  Atas sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada guru sahaja.
Ø  Membuat lawatan sambil belajar di seberang laut yang telah diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.


4.5  Cuti Keluar Negeri

4.5.1 Semua guru dan staf sokongan yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri dengan  mengisi borang permohonan selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.


4.6   Cuti Tanpa Rekod

4.6.1 Perintah Am Bab C (41-46) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991.
4.6.2 Semua pegawai yang sudah dilantik secara tetap berkelayakan.
4.6.3 Syarat:
Ø  Untuk mengambil peperiksaan (pada hari peperiksaan sahaja)
Ø  Penglibatan dalam sukan / persatuan.
Ø  Menziarahi ahli keluarga terdekat yang meninggal dunia tidak melebihi 3 hari.
Ø  Jika diminta hadir di mahkamah.


4.7 Cuti Rehat Khas (CRK)

4.7.1    Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2005
4.7.2    Semua guru terlatih dan guru kontrak berkelayakan sahaja.
4.7.3    7 hari setahun.
4.7.4    Diambil berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun semasa.
      Contoh kiraan:

Tempoh Perkhidmatan
Jumlah Kelayakan
1 Januari – 31 Januari
0 hari
1 Januari - 29 Februari
1 hari
1 Januari - 31 Mac
1 hari
1 Januari - 30 April
2 hari
1 Januari - 31 Mei
3 hari
1 Januari - 30 Jun
3 hari
1 Januari - 31 Julai
4 hari
1 Januari - 31 Ogos
4 hari
1 Januari - 30 September
5 hari
1 Januari - 31 Oktober
6 hari
1 Januari - 30 November
6 hari
1 Januari – 31 Disember
7 hari
4.7.5        Cuti Rehat Khas yang tidak dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat pada setiap tahun.
4.7.6        Syarat / Peraturan:
Ø  Keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak terjejas.
Ø  Tidak menyambung cuti penggal sekolah.
Ø  Pengetua meluluskan.
5.
Pakaian

5.1  Guru dan staf sokongan hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion (keguruan dan pejabat) dan masyarakat timur.
5.2  Guru dan staf sokongan lelaki dikehendaki memakai tali leher dan kemeja berlengan panjang pada waktu bekerja.
5.3  Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi perempuan.
5.4  Guru dan staf sokongan lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
5.5  Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
  • Guru Perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
  • Guru Lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai.  Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
6.
Perhubungan Sesama Guru dan staf sokongan

6.1  Guru dan staf sokongan sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dalam kalangan guru dan staf sokongan dengan mengawal pertuturan masing-masing demi tujuan ketenteraman persekitaran bekerja.
6.2  Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan mana-mana pihak.
6.3  Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosioekonomi, kelulusan akademik dan sebagainya adalah tidak digalakkan.

7.
Bilik Guru dan pejabat am

7.1  Kebersihan dan keselamatan bilik guru dan pejabat am adalah tanggungjawab semua guru dan staf sokongan.  Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru dan pejabat am.
7.2  Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas.  Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’.  Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk persediaan dan perancangan pengajaran dan pembelajaran sahaja dan bukannya untuk tujuan peribadi.
7.3  Guru yang berada di bilik guru bertanggungjawab untuk memastikan suasana yang sesuai dan tenteram untuk mana-mana pihak.

8.
Perjawatan dan Pengajaran

8.1  Jikalau guru dan staf sokongan menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh merujuk kepada Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.
8.2  Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran boleh meminta bantuan daripada Ketua Panitia/ Guru Kanan / Penolong Kanan Akademik / Penolong Kanan Petang / Pengetua.

9.
Tugas Rasmi

9.1  Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas.  Guru  mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
9.2  Guru perlu menurut arahan Pengetua dalam melaksanakan sesuatu tugas rasmi. Contohnya,  menghadiri mesyuarat di Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Gabungan / sekolah lain. Guru yang diarahkan tidak boleh menyerah tugas kepada guru lain tanpa kebenaran Ketua Jabatan.

10.
Buku Rekod Mengajar

10.1  Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut.  Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas, dan lengkap.  Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat (dengan Rancangan Mengajar Bagi Minggu yang berikutan) untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua.
10.2  Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
10.3  Buku Rekod Mengajar hendaklah dikembalikan ke sekolah pada hari terakhir sesi persekolahan.

11.
Jadual Waktu Pengajaran dan pembelajaran

11.1   Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Kelas untuk dipamerkan dalam kelas masing-masing.
11.2   Guru tidak dibenarkan mengubah Jadual Waktu P & P yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Pengetua.
11.3   Guru mesti masuk dan keluar kelas untuk tujuan P & P mengikut masa yang ditetapkan.  Keluar awal, masuk lewat atau ponteng adalah tidak dibenarkan.

12.
Jadual Kedatangan Pelajar (buku biru)

12.1    Setiap guru tingkatan diberi sebuah buku Jadual Kedatangan Pelajar.  Guru tingkatan dikehendaki melengkapkan semua maklumat pelajar kelas masing-masing yang diperlukan pada atau sebelum  29 Februari dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
12.2    Guru tingkatan perlu mengambil dan mencatat kehadiran pelajar dalam buku Jadual Kedatangan Pelajar dengan kemas, teratur pada atau sebelum waktu pertama setiap hari persekolahan.  Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan akan mengambilalih tugas tersebut.
12.3    Buku Jadual Kehadiran Pelajar hendaklah sentiasa berada di rak yang disediakan di bilik guru.
12.4    Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
12.5    Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM.
12.6    Guru tingkatan tidak dibenarkan untuk membawa Buku Jadual Kedatangan Pelajar balik ke rumah masing-masing.
12.7    Butiran pelajar mesti sentiasa dikemaskinikan oleh guru tingkatan.

13.
Keselamatan Harta Benda Sekolah

13.1   Semua guru dan staf sokongan dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah.  Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dirujuk kepada Penolong Kanan HEM / Guru Disiplin / Pengetua.
13.2   Guru Kanan / Ketua Panitia perlu memastikan peraturan penggunaan alat dan bilik khas seperti makmal sains dan bengkel KHB sentiasa dipamerkan dengan jelas dan dipatuhi oleh pelajar.

14.
Kebersihan

14.1   Semua guru dan staf sokongan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekolah. 
14.2   Guru tingkatan perlu memastikan Jadual Pembersihan Kelas disediakan, dipamerkan dan dilaksanakan oleh pelajar masing-masing.  Segala alat pembersihan seperti penyapu, penyodok dan kain perlu digunakan dengan cara yang betul dan disimpan dengan selamat.
14.3   Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik masing-masing.

15.
Surat-menyurat

15.1   Semua surat rasmi mesti dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.
15.2   “Letter-head” sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Pengetua.

16.
Surat Yang Diterima

16.1   Sekiranya surat dipanjangkan kepada guru atau staf sokongan untuk tindakan lanjutan, guru atau staf sokongan berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat tersebut dengan merujuk kepada Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Kanan dari masa ke semasa.
16.2   Guru dan staf sokongan boleh menyimpan surat yang disalinkan dari surat asal.
16.3   Guru dan staf sokongan perlu mengembalikan segala salinan asal surat rasmi sekolah ke pejabat am untuk pemfailan. Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan untuk menyimpan salinan asal surat rasmi sekolah untuk rujukan sendiri.

17.
Pergi ke Pejabat Pelajaran DAERAH

17.1   Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah  untuk urusan peribadi pada waktu persekolahan.
17.2   Guru dan staf sokongan perlu memakai pakaian bekerja yang sesuai dan tag nama semasa bertugas rasmi di dalam / luar sekolah.
18.
Pelawat

18.1   Semua pelawat MESTI dibawa berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran   terlebih dahulu sebelum berurusan dengan guru atau staf sokongan. 
18.2   Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan berbincang dengan wakil syarikat atau penjual tanpa kebenaran Pengetua.
18.3   Semua pelawat dikehendaki menandatangani Buku Pelawat.

19.
pembelian Barang

19.1   Segala pembelian oleh guru dan staf sokongan mesti dimulakan dengan mengisi Borang Nota Minta.
19.2   Borang ini mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
19.3   Semua pesanan yang melebihi RM50.00 mesti dibuat melalui Borang Pesanan.
19.4   Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam Buku Rekod Penerimaan Stok dengan kemas yang disediakan di pejabat am.
19.5   Semua Borang Pesanan mesti ditandatangani oleh Pengetua, Pembekal dan Penerima.

20.
Kegiatan Kokurikulum

20.1   Semua guru dikehendaki menjalankan tugas guru penasihat badan beruniform / kelab dan persatuan / sukan dan permainan dengan cekap dan teratur.
20.2   Segala kecederaan pelajar yang serius mesti dilaporkan kepada ibu bapa pelajar dan Pengetua sebelum pelajar dihantar ke hospital.

21.
Perhimpunan

21.1   Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan sekolah mengikut masa yang ditetapkan.
21.2   Guru dikehendaki menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah bersama dengan pelajar semasa perhimpunan.
21.3   Guru dikehendaki mengawal disiplin pelajar sepanjang perhimpunan.

22.
Buku Stok/Inventori

22.1   Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / iventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini.  Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua / Penolong Kanan.

23.
Tanda Nama

23.1   Semua guru dan staf sokongan dikehendaki memakai tag nama pada waktu bertugas rasmi di sekolah / di luar sekolah.
23.2   Tag nama mesti mengikut saiz dan warna yang ditetapkan,

24.
Keahlian JK kebajikan staf / PIBG

24.1   Semua guru dan staf sokongan adalah ahli JK Kebajikan Staf dan PIBG sekolah.
24.2   Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat JK kebajikan Staf dan JK PIBG.

25.
Penggunaan peralatan pejabat dan sekolah

25.1   Penggunaan peralatan pejabat dan sekolah hendaklah betul dan mengikut peraturan.
25.2   Kebenaran penggunaan peralatan pejabat dan sekolah perlu diperoleh daripada Pengetua atau pihak yang dipertanggungjawabkan oleh Pengetua.
25.3   Peralatan pejabat dan sekolah mesti dikembalikan dengan segera dan keadaam yang baik selepas penggunaan.
25.4   Sekiranya kerosakan berlaku, peralatan tersebut perlu dilaporkan kepada Pengetua dan diganti balik jika perlu.

26.
Arahan dan Pekeliling

26.1   Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangai selepas membacanya.
26.2   Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.
26.3   Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan/PDK guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.
26.4   Sekiranya guru ingkar arahan Pengetua tanpa alasan yang munasabah, beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib.


27.
Telefon / Faks



28.
27.1   Penggunaan telefon / faks hanya untuk urusan rasmi sahaja.  Guru dan staf sokongan hanya dibenarkan untuk menggunakan kemudahan tersebut untuk urusan rasmi sahaja.

Kunci

28.1   Semua kunci sekolah mesti disimpan di pejabat.
28.2   Kebenaran mesti diperolehi daripada Pengetua sekiranya guru dan staf sokongan ingin menyimpan salinan kunci bilik tertentu.
28.3   Guru dan staf sokongan yang memegang kunci sekolah bertanggungjawab terhadap keselamatan bilik tersebut sepenuhnya.

29.
Acara dan Majlis Sekolah

29.1   Semua guru dan staf sokongan WAJIB hadir semua majlis atau acara rasmi sekolah dengan arahan Pengetua.
29.2   Jika guru atau staf sokongan tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Pengetua mesti dimaklumkan terlebih dahulu.

30.
Mesyuarat Guru

30.1   Kehadiran guru dan staf sokongan ke mesyuarat rasmi sekolah ini adalah WAJIB.
30.2   Keputusan semasa mesyuarat adalah muktamad.


BAB 3

PANDUAN AM STAF SMK ST. JOSEPH MIRI



A.  PEPERIKSAAN SMK ST. JOSEPH MIRI

Ujian dan peperiksaan bukanlah satu perkara baru kepada sesiapa.  Namun demikian, kekeliruan dan amalan yang tidak diingini sering berlaku antara golongan guru tentang ujian dan peperiksaan.  Manual prosedur ini bertujuan untuk menerangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa mengadakan ujian dan peperiksaan di peringkat sekolah.

1.
Penentuan Skop Dan Tarikh

1.1
Skop peperiksaan hendaklah diumumkan kepada pelajar terlebih awal dan dalam tempoh masa yang mencukupi sebelum peperiksaan diadakan.  Langkah seperti ini akan memberi masa yang mencukupi kepada pelajar untuk membuat ulangkaji yang diperlukan.
(Tindakan guru Mata Pelajaran)

1.2
Jika ujian mengejut diadakan, skopnya haruslah berdasarkan kepada topik yang baru diajar sahaja.  Walaupun ujian mengejut boleh diberi, tetapi amalan ini tidak sepatutnya, dijadikan amalan biasa.

1.3
Tarikh peperiksaan adalah ditentukan oleh JK Penilaian dan Peperiksaan.
(Rujuk Takwim Peperiksaan)

1.4
Peperiksaan hendaklah diadakan dalam tempoh yang ditetapkan dalam Takwim Peperiksaan Tahunan.

1.5
Selain daripada peperiksaan-peperiksaan yang ditetapkan, guru mata pelajaran boleh memberi ujian tambahan, terpulang kepada budi bicara guru mengikut perancangan tahunan yang telah ditetapkan mengikut panitia mata pelajaran.

2.
Soalan Ujian dan Peperiksaan

2.1
Soalan ujian dan peperiksaan hendaklah berdasarkan skop yang telah ditentukan.

2.2
Jadual Penentuan Ujian (JPU) disediakan semasa pengubalan soalan peperiksaan dalaman.

2.3
Format kertas soalan untuk PMR (Tingkatan 1, 2 dan 3) dan SPM (Tingkatan 4 dan 5) hendaklah serupa dengan format kertas soalan peperiksaan awam (PMR & SPM) sebenar.

2.4
Bilangan muka surat bercetak dalam satu set kertas soalan peperiksaan hendaklah dinyatakan di bahagian bawah muka surat pertama kertas soalan.
(Sila rujuk kertas soalan PMR dan SPM)

2.5
Guru mata pelajaran adalah bertanggungjawab untuk menyemak soalan peperiksaan dengan teliti supaya tidak mengulangi kesalahan atau kesilapan dari segi ejaan, tatabahasa, rajah, peta, format, dan jawapan.  Semakan hendaklah dibuat sebelum kertas soalan dicetak/diperbanyakkan.  Kertas soalan ujian dan peperiksaan hendaklah disemak oleh Guru Kanan masing-masing sebelum diperbanyakkan.  Setelah disemak dan disahkan kemudian serahkan kepada Pembantu Am Pejabat sekolah untuk diperbanyakkan.  Pembaziran dielakkan jika boleh.

2.6
Jika soalan-soalan diambil daripada buku rujukan, buku latihan, contoh kertas peperiksaan dan soalan kertas tahun lepas, soalan-soalan itu hendaklah diambil daripada pelbagai punca.  Mengambil soalan-soalan dari satu buku atau satu contoh adalah dilarang.

2.7
Soalan-soalan yang dikeluarkan pada setiap ujian dan peperiksaan dijalankan hendaklah telah dibincangkan bersama ahli-ahli panitia.  Setiap panitia hendaklah menyediakan satu bank soalan yang disimpan dalam satu CD.  Bank soalan ini hendaklah disediakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh ujian dan peperiksaan. 
(Tindakan Ketua Panitia Mata Pelajaran)

2.8
Sila gunakan “font/huruf” bersaiz 12, paragraph/langkau 2.



3.
Kertas Soalan Peperiksaan

3.1
Guru mata pelajaran hendaklah menjaga keselamatan kertas soalan peperiksaan masing-masing.  Langkah-langkah berikut yang perlu diambil untuk menjamin keselamatan kertas soalan peperiksaan:



3.1.1
Semasa mengepilkan kertas soalan, pastikan tiada pelajar yang berkeliaran di kawasan sekitar.  JANGAN minta bantuan pelajar untuk mengepil kertas soalan.  HANYA dilakukan oleh panitia berkenaan sahaja.



3.1.2
Pastikan kertas soalan yang rosak atau bakinya dibakar/dimusnahkan/tidak didedahkan sebelum tarikh peperiksaan sebenar.  Jika perkara ini berlaku guru yang bertanggungjawab adalah diarahkan untuk mengeluarkan set soalan yang baru.



3.1.3
Kertas soalan yang telah siap/disusun atur, hendaklah disimpan secepat mungkin dan ditempat yang tidak diketahui oleh pelajar.  AMALAN meninggalkan kertas soalan di atas meja adalah DILARANG/ AMALAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.


3.2
Bilik guru adalah kawasan larangan untuk semua murid seminggu sebelum peperiksaan dan sepanjang masa peperiksaan dijalankan (ikut jadual yang disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman).


3.3
Arahan kepada guru pengawas bagi soalan yang mempunyai pembetulan, arahan khas kepada calon dan butir-butir lain hendaklah diletakkan di atas setiap set soalan peperiksaan.



3.3.1
Jika terdapat pembetulan, satu set kertas soalan yang mengandungi semua pembetulan dalam dakwat merah hendaklah disediakan khas untuk guru pengawas setiap kelas.


3.4
Kertas soalan disediakan/dicetak hendaklah melebihi bilangan murid di dalam kelas tertentu.  Satu salinan diserahkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran dan satu salinan diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalam untuk rekod.

4.
Jadual Pengawasan Peperiksaan

4.1
Pengawasan adalah mengikut Jadual Waktu P & P Kelas yang biasa yang boleh melibatkan beberapa orang guru untuk sesuatu kertas peperiksaan.  Guru pengawas yang tidak mengajar pada masa sebelum masa pengawasannya hendaklah pergi ke kelas peperiksaan 5 minit sebelum masa permulaan pengawasannya.


4.2
Sekiranya ada guru yang bercuti atau berkursus dan tidak berada di sekolah, guru ganti akan diatur oleh Jawatankuasa ‘Sit-In’ P&P kelas.





5.
Bilik Peperiksaan

5.1
Guru pengawas harus memastikan jarak di antara dua buah meja yang bersebelahan hendaklah tidak terlalu dekat, dapat dilalui oleh guru pengawas.  Jika ruang dalam bilik darjah tidak mencukupi, ruang di luar bilik darjah boleh digunakan.


5.2
Laci meja pelajar mesti menghadap ke depan kelas.


5.3
Semua poster, bahan pameran seperti jadual berkala, formula matematik, rumusan sains, peta dan diagram yang boleh menjadi bahan rujukan kepada pelajar yang diletakkan di dinding hendaklah diturunkan/disimpan oleh guru kelas.


5.4
Pastikan semua fail, beg dan buku diletakkan di hadapan atau luar bilik darjah mengikut mana yang sesuai.  Semua bahan/barang tersebut adalah DILARANG dibawa masuk ke kelas.  Guru yang mengawas hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya.


6.
Pengawasan Peperiksaan


6.1
Guru pengawas hendaklah mengambil set kertas soalan peperiksaan selewat-lewatnya 10 minit sebelum permulaan peperiksaan daripada guru mata pelajaran/penyelia kertas soalan.


6.2
Pastikan calon/semua murid tidak bising, duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk peperiksaan.


6.3
Pastikan hanya alat tulis yang diperlukan untuk peperiksaan diletakkan di atas meja.  Buku teks, buku rujukan, nota, buku latihan, kertas yang diconteng dan bahan-bahan yang lain yang tidak diperlukan harus disimpan di dalam beg dan diletakkan di luar atau di hadapan bilik kelas.


6.4
Pelajar tidak boleh masuk lewat ke kelas peperiksaan tanpa sebab munasabah.


6.5
Pastikan calon/semua murid tidak membaca soalan sebelum dibenarkan untuk berbuat demikian.


6.6
Peperiksaan MESTI dimulakan dan dihentikan pada masa yang ditetapkan (Jadual).


6.7
Pengawasan hendaklah dijalankan secara aktif bagi semua tingkatan untuk mencegah penipuan.  Sebarang aktiviti guru pengawas seperti membaca dan menyemak kertas peperiksaan adalah DILARANG.


6.8
Semua murid/calon tidak dibenarkan meminjam alat-alat daripada calon/murid yang lain semasa peperiksaan dijalankan.


6.9
Semua murid/calon tidak dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan.  Mereka hanya dibenarkan pergi ke tandas jika benar-benar perlu berbuat demikian atau selepas 30 minit ujian dimulakan (Hanya ke tandas).  Calon/murid yang sama tidak dibenarkan keluar berturut-turut.  Hanya seorang murid/calon sahaja pergi ke tandas pada satu masa.


6.10
Pastikan semua kertas jawapan dikutip selepas masa peperiksaan tamat.  Guru pengawas akan bertanggungjawab ke atas keselamatan kertas soalan yang gagal dikutip.


6.11
Adalah menjadi tanggungjawab guru pengawas untuk mengambil tindakan disiplin yang wajar terhadap pelajar yang tidak memetuhi peraturan peperiksaan.  Laporan segera perlu dibuat kepada Guru Disiplin.

7.
Tindakan Selepas Peperiksaan

7.1
Kertas jawapan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran dengan segera.  Guru pengawas hendaklah bertanggungjawab ke atas keselamatan kertas jawapan sebelum diserahkan


7.2
Semua guru pengawas dilarang menyuruh calon/murid menghantar set jawapan kertas peperiksaan kepada guru mata pelajaran.


7.3
Jika guru mata pelajaran tidak hadir secara rasmi, kertas jawapan boleh diberi terus kepada Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia/panitia mata pelajaran berkenaan atau PK1/Penyelia Petang untuk disimpan.





8.
PeniRuan Semasa Ujian Atau Peperiksaan


8.1
Jika terdapat bukti bahawa penipuan atau percubaan untuk menipu/meniru semasa peperiksaan, guru pengawas hendaklah memberi laporan secara bertulis kepada Pengetua.


8.2
Calon/murid yang disyaki menipu atau cuba menipu semasa peperiksan boleh dibenarkan terus menduduki kertas peperiksaan berkenaan sementara menunggu siasatan.  Jika terbukti penipuan/percubaan untuk menipu telah berlaku, calon/murid yang terlibat akan diberi markah ‘sifar’ untuk kertas peperiksaan berkenaan dan tindakan disiplin akan diambil ke atas calon tersebut.






9.
Waktu bekerja semasa peperiksaan (Guru)


9.1
Waktu bertugas semasa peperiksaan adalah seperti waktu bertugas pada hari persekolahan biasa.  Semua guru perlu berada di sekolah dan tidak boleh balik awal walaupun tidak ditugaskan untuk mengawas:



9.1.1
Kehadiran guru di tempat bertugas semasa waktu kerja secara sendirinya merupakan tanggungjawab asas seseorang anggota perkhidmatan awam.



9.1.2
Kehadiran guru menjamin kertas jawapan dapat diserahkan kepada guru mata pelajaran sebaik kertas peperiksaan tamat.



9.1.3
Keperluan guru di sekolah adalah untuk mendapat bantuan dan perkhidmatan dari seseorang guru, jika timbul sesuatu perkara/ masalah di luar jangkaan/ masalah tentang kertas soalan.




10.
Penyemakan Kertas Jawapan Ujian Peperiksaan


10.1
Kertas jawapan bagi semua ujian dan peperiksaan mesti disemak oleh guru mata pelajaran.


10.2
Kertas jawapan ujian dan peperiksaan hendaklah disemak dengan lengkap dan teliti.


10.3
Penyemakan kertas jawapan semasa waktu kelas biasa adalah DILARANG.


10.4
Murid-murid tidak boleh diminta untuk membantu menyemak kertas jawapan ujian dan peperiksaan untuk mengira jumlah markah/mengisi jadual markah dan buku laporan.


10.5
Tarikh-tarikh yang ditetapkan untuk menyerahkan markah, dan buku laporan hendaklah dipatuhi.

11.
Perbincangan Soalan Dengan Pelajar


11.1
Kertas jawapan ujian atau peperiksaan yang telah disemak hendaklah dikembalikan kepada calon/murid selewat-lewatnya 7 hari selepas ujian/peperiksaan diadakan.


11.2
Jawapan soalan ujian & peperiksaan hendaklah dibincangkan bersama dengan pelajar.

B.  HARI PELANGGAN SMK ST. JOSEPH MIRI

1.   Persediaan sebelum Hari Pelanggan
1.1    Memastikan semua Buku Laporan Kemajuan Pelajar dikutip balik daripada pelajar.
1.2    Meminta pelajar membeli atau mengganti Buku Laporan Kemajuan Pelajar yang baru jika mereka tidak ada atau hilang buku laporan tersebut.
1.3    Mendapatkan Helaian Markah Peperiksaan Sumatif daripada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
1.4    Melengkapkan Buku Laporan Kemajuan Pelajar dengan butiran seperti markah peperiksaan setiap subjek, jumlah markah keseluruhan, markah purata, kedudukan pelajar dalam kelas, kehadiran pelajar ke sekolah, kelakuan pelajar dan komen guru tingkatan.
1.5    Menyemak semula butiran yang dicatat dalam Buku Laporan Kemajuan Pelajar supaya lengkap dan betul.
1.6    Menghantar Buku Laporan Kemajuan Pelajar untuk semakan pengetua.
1.7    Mendapatkan Buku Laporan Kemajuan Pelajar setelah semakan Pengetua.
1.8    Mendapatkan Surat Jemputan Ibu Bapa Ke Hari Pelanggan daripada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
1.9    Mengedarkan  Surat Jemputan Ibu Bapa Ke Hari Pelanggan kepada pelajar.
1.10  Mendapatkan maklum balas kehadiran ibu bapa ke Hari Pelanggan daripada pelajar.
1.11  Menelefon ibu bapa pelajar untuk hadir ke Hari Pelanggan jika perlu.
1.12  Mendapatkan ‘Borang Semakan Kehadiran Ibu Bapa Sempena Hari Pelanggan’ daripada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
1.13  Memastikan kelas bersih dan ceria untuk lawatan ibu bapa pada Hari Pelanggan.
1.14  Bersedia secara fizikal dan emosi untuk melayan ibu bapa pada Hari Pelanggan.

2.    Semasa Hari Pelanggan:
2.1        Berbincang dengan ibu bapa tentang
Ø perkembangan akademik dan sahsiah pelajar.
Ø ketidakhadiran pelajar ke sekolah jika perlu dan berkenaan.
Ø Pelan Peningkatan Pencapaian Akademik dan Sahsiah Pelajar. Contohnya meminta kerjasama ibu bapa dalam pemantauan
ü  kehadiran pelajar ke sekolah, Program Kelas Tambahan, Program Motivasi dan aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.
ü  ulangkaji pelajaran di rumah dengan pengurusan masa yang bijak.
2.2       Meminta ibu bapa tandatangan dalam Borang Semakan Kehadiran Ibu Bapa Sempena Hari Pelanggan.
2.3        Mengedar Buku Laporan Kemajuan Pelajar kepada ibu bapa pelajar.

3.     Selepas Hari Pelanggan
3.1       Menghantar Borang Semakan Kehadiran Ibu Bapa Sempena Hari Pelanggan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman untuk semakan pengetua.
3.2       Mengutip balik Buku Laporan Kemajuan Pelajar daripada pelajar dalam tempoh dua minggu untuk Hari Pelanggan yang seterusnya.

C.    PERANAN DAN FUNGSI BANK ITEM

Bank item adalah tempat untuk menyimpan soalan-soalan ujian, peperiksaan untuk kegunaan pada masa depan atau apabila diperlukan. Biasanya, item-item ujian disediakan oleh sekumpulan guru yang berpengalaman. Item-item ini telah diuji melalui ujian pra yang mengesahkan keutuhannya. Ini bermakna tiap-tiap item yang dipilih untuk bank item adalah sesuai untuk penilaian yang tertentu. Peranan dan fungsi bank item adalah dihuraikan seperti berikut:

1.
Sekolah boleh mentadbirkan ujian sumatif pada bila-bila masa yang diperlukan.

2.
Ia dapat meringankan beban guru menyediakan item sendiri.

3.
Soalan-soalan dari bank item adalah bermutu tinggi dan mempunyai ciri keutuhannya. Keputusannya adalah tepat dan boleh digunakan sebagai kriteriaia untuk tujuan tertentu, seperti menempatkan pelajar-pelajar dalam kumpulan yang sesuai, ataupun menempatkan pelajar-pelajar dalam aliran sains atau sastera.

4.
Soalan-soalan dari bank item mempunyai ciri keesahan ramalan. Ini bermakna ia dapat digunakan untuk meramal keupayaan dan kelayakan seseorang calon yang akan dipilih untuk mengikuti sesuatu kursus ataupun kerjayanya yang tertentu pada masa hadapan.
5.
Item-item dalam bank adalah diasingkan mengikut indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Oleh itu, guru pun boleh memilih item-item yang sesuai mengikut kesukarannya untuk tujuan tertentu. Misalnya untuk memilih beberapa orang pelajar supaya mewakili sekolah dalam sesuatu pertandingan kuiz di peringkat daerah dan sebagainya.

6.
Ia adalah paling sesuai digunakan sebagai peperiksaan percubaan bagi PMR dan SPM. Keputusan peperiksaan percubaan boleh digunakan untuk meramal dengan tepat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan sebenar pada masa hadapan. Ini juga bermakna, bank item memainkan peranan dan fungsi sebagai tempat membekalkan model kertas peperiksaam untuk latihan ulangkaji sebelum peperiksaan yang sebenar dimulakan.

D.     CARTA ALIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Merancangkan kegiatan pengajaran / pembelajaran berdasarkan kuota staf
Melantik Ketua Panitia
Mengadakan mesyuarat JK Kurikulum kali PERTAMA
Mengadakan mesyuarat Panitia Mata Pelajaran PERTAMA
Menyediakan rancangan pelajaran
Menyemak / menandatangani rancangan pengajaran
Menjalankan tugas
Mengadakan mesyuarat guru / memeriksa kerja-kerja pelajar dari semasa ke semasa
Mengadakan mesyuarat JK Kurikulum untuk penilaian pengajaran / pembelajaran pertengahan tahun
Mengadakan mesyuarat Panitia Mata Pelajaran KETIGA
Meneliti / menyemak minit mesyuarat

E.   SISTEM PEMANTAUAN KETIDAKHADIRAN MURID KE SEKOLAH

Langkah-langkah yang harus diambil oleh guru tingkatan untuk memantau ketidakhadiran murid TANPA SEBAB.
LANGKAH
TIDAK HADIR BERTURUT-TURUT
TIDAK HADIR TIDAK BERTURUT-TURUT
1. Menghubungi ibu bapa
Pada hari ke-2
Pada hari ke-5 terkumpul
2. Surat amaran pertama
Pada hari ke-3
Pada hari ke-10 terkumpul
3. Surat amaran kedua
7 hari selepas surat amaram pertama
(Pada hari ke-10)
10 hari selepas surat amaran pertama
(Pada hari ke-20 terkumpul)
4. Surat amaran terakhir
7 hari selepas surat amaran kedua
(Pada hari ke-17)
20 hari selepas surat amaran kedua
(Pada hari ke-40 terkumpul)
5. Buang sekolah
14 hari selepas surat amaran terakhir
(Pada hari ke-31)
20 hari selepas surat amaran terakhir
(Pada hari ke-60 terkumpul)
JUMLAH HARI TIDAK HADIR
31 hari (tanpa sebab)
60 hari tidak hadir ke sekolah bukan berturut-turut













F.        Carta Aliran Pengurusan Kelas

Melantik guru kelas
Menerima pelajar dan mendapatkan maklumat
Mengedarkan buku teks kepada pelajar
Menyalin jadual waktu kelas pada papan tulis
Menguruskan pentadbiran kelas, melantik ketua dan jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan kelas
Memungut yuran yang ditetapkan
Menerangkan peraturan sekolah kepada pelajar
Menguruskan kebersihan, Keceriaan dan keselamatan kelas
Menguruskan ujian, pemarkahan, menyediakan dan mengedarkan buku kemajuan
Menguruskan kad 001M, ujian Tenaga Asas
Menguruskan penyediaan Sijil Berhenti Sekolah / Surat Akuan
Mencatatkan dalam buku daftar murid, murid bertukar / berhenti


G.    PROSES PERANCANGAN UJIAN

Menentukan tujuan ujian
Menentukan isi kandungan ujian
Membentuk jadual penentu ujian
Menulis item / soalan
Menyemak item / soalan


H.      Carta Aliran Bimbingan / Kaunseling

Guru kaunseling menerima perlantikan
Mengadakan perbincangan dengan PIC(H) kegiatan
Mengedarkan jadual waktu kaunseling dan tampalkan di kelas
Mendapatkan nama pelajar-pelajar yang perlukan kaunseling
Mengadakan sesi kaunseling / bimbingan dan aktiviti
Hantar laporan ke PPD / JPN
Menyerahkan laporan kepada pengetua jika perlu

Mengambil tindakan selanjutnya

Fail untuk rekod kaunseling
I.     CARTA ALIRAN JADUAL WAKTU SEKOLAH

Pihak pentadbir menentukan bentuk persekolahan
Membentuk AJK Jadual Waktu
Menyediakan butir-butir mengenai
Senarai guru dan ‘opsyen’
Senarai makmal/bengkel/kelas
Senarai guru kelas dan guru mata pelajaran

Menyusun jadual waktu
Mengedarkan jadual waktu kelas / peribadi
Mengeposkan / failkan

J.    PERANAN KETUA JABATAN DALAM PELAKSANAAN PENILAIAN PRESTASI

1.
Ketua jabatan bertanggungjawab memastikan penilaian prestasi dilaksanakan secara adil, saksama dan menepati objektif supaya ganjaran yang diberi setimpal dengan prestasi anggota. Di samping itu, menerusi penilaian prestasi, ketua jabatan dapat mengenalpasti prestasi mereka. Bagi mencapai maksud di atas, ketua jabatan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:


a.
Merangka rancangan kerja tahunan jabatan bersama dengan ketua bahagian dan unit.

b.
Menetapkan sasaran dan rancangan kerja secara bersama dengan ketua bahagian untuk dilaksanakan oleh tiap-tiap bahagian selaras dengan strategi yang telah dipersetujui.

c.
Menetapkan ukuran piawai (standard) bagi setiap aktiviti utama jabatan yang akan dijadikan asas pencapaian kerja bagi semua bahagian dan unit. Piawaian yang ditetapkan hendaklah munasabah serta boleh dicapai dan diukur.

d.
Memastikan kerja yang dijalankan oleh ketua bahagian dan ketua unit mengikut jadual yang ditetapkan bagi keseluruhan jabatan dengan mengadakan sistem penyelarasan, pengawalan dan kajian semula yang sesuai.

e.
Menentukan supaya anggota yang bertanggungjawab sebagai PPP dan PPK di jabatan masing-masing menyediakan laporan penilaian prestasi anggota di bawah penyediaan mereka mengikut peraturan dan jadual yang ditetapkan dalam panduan ini.

f.
Mengarahkan PPP dan PPK yang akan bertukar ke jabatan lain, bersara atau meletak jawatan, menyediakan laporan penilaian prestasi bagi anggota di bawah penyediaan mereka jika tempoh penyeliaan mereka itu tidak kurang daripada 6 bulan.

g.
Memastikan penilaian prestasi anggota yang dilantik pada penghujung tahun (selepas Julai) disediakan apabila tempoh sebenar perkhidmatan mereka genap enam bulan.
2.
Hukuman tatatertib












a.
Jenis hukuman tatatertib
Jenis hukuman tatatertib (selain daripada buang kerja) dan tempoh anggota tidak layak dipertimbangkan untuk memangku atau naik pangkat adalah seperti di bawah:

Jenis hukuman                  
Tempoh anggota tidak layak memangku atau dinaikkan pangkat
Amaran
6 bulan / 1 urusan yang mana terdahulu
Denda
12 bulan / 1 urusan yang mana terdahulu
Lucut hak emolumen
18 bulan / 1 urusan yang mana terdahulu
Tangguh pergerakan gaji
30 bulan / 1 urusan yang mana terkemudian
Turun gaji
36 bulan / 1 urusan yang mana terkemudian




K.     SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/2000

Panduan Keselamatan diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di Dalam dan di Luar Kawasan Sekolah.

Kementerian Pendidikan memandang amat serius akan beberapa insiden kemalangan, membabitkan murid sekolah  yang berlaku  sejak akhir-akhir ini. Kemalangan yang berlaku didapati telah membawa kepada kecederaan dan kematian pelajar kerana terhempap palang gol, terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru dan terjatuh dalam tangki najis. Berlakunya insiden-insiden sedemikian, menggambarkan bahawa pihak pengurusan sekolah telah mengabaikan aspek keselamatan yang sepatutnya sentiasa diberi perhatian dan keutamaan.

2.         Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan diri pelajar terjamin semasa di sekolah. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan perlu diwujudkan dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan dalam kalangan murid ketika menjalani aktiviti sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan.
 3.        Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua Pengetua dan Guru Besar supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas murid serta mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkannya.
4.         Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang sewajarnya dilakukan:

4.1
Guru Opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:
4.1.1
Menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam atau di luar bilik darjah.
4.1.2
Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan walaupun boleh dibantu oleh murid.
4.2
Guru Kokurikulum dan Sukan:
4.2.1
Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan.
4.2.2
Guru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum boleh digunakan.
4.3
Murid:
4.3.1
Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan pengetua atau guru besar untuk mengambil bahagian di dalam sukan dan aktiviti sekolah.
4.3.2
Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan seperti makanan dan minuman dan lain-lain lagi.
4.3.3
Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luar kawasan sekolah. Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru wanita hendaklah mengiringi pasukan tersebut.
4.3.4
Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan diambil kira.
4.3.5
Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil bahagian.
4.3.6
Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
4.3.7
Murid-murid yang cedera, semput atau lelah (asma) tidak dibenarkan mengambil bahagian.
4.4
Skim Perlindungan Diri:
4.4.1
Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua murid yang merangkumi perkara-perkara berikut:
  1. kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah
  2. kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah
  3. kemalangan semasa menyertai sukan dan kokurikulum
  4. kemalangan yang disebabkan peralatan sukan yang masih dalam “warranty”
4.5
Penyelenggaraan Peralatan Sukan (stor sukan)
4.5.1
Peralatan sukan yang dianggap berbahaya dan jika diubahsuai boleh membawa maut adalah seperti lembing, peluru, cakera, tukul besi, tiang lompat tinggi, tiang lompat bergalah, dart, spikes, anak panah dan peralatan gimnastik.
4.5.2
Pastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang berbahaya seperti yang dinyatakan dalam 4.5.1, adalah pada hari atau masa yang berasingan dengan latihan sukan lain.
4.5.3
Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.
4.5.4
Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh orang-orang yang ditugaskan sahaja.
4.5.5
Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan dalam buku keluar-masuk alat-alat sukan oleh guru atau jurulatih sahaja.
4.5.6
Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh sesiapa pun dan hendaklah diambil dan dipulangkan pada hari yang sama.
4.5.7
Mempunyai kawasan yang selamat untuk menyimpan semua peralatan yang tidak digunakan.
4.5.8
Penjaga stor hendaklah memeriksa dan memastikan peralatan yang baik sahaja yang boleh dikeluarkan.
4.5.9
Peralatan yang sudah rosak hendaklah dilaporkan pada pentadbir sama ada untuk diperbaiki atau dimusnahkan.
4.6
Peralatan sukan
4.6.1
Peralatan sukan seperti tiang gol hendaklah ada “warranty” daripada pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undang-undang persatuan sukan.
4.6.2
Semua peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dimusnahkan dengan serta merta.
4.6.3
Adalah menjadi kesalahan membeli, meminjam atau memberi pinjaman, mengguna peralatan sukan yang tidak mendapat pengiktirafan dari Badan Sukan.
4.7
Kawasan Sukan / Permainan
4.7.1
Kawasan latihan, permainan atau sukan hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan terurus.
4.8
Kawasan Larangan:
4.8.1
Kawasan larangan dan berbahaya adalah kawasan yang dibenarkan kepada guru / jurulatih sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan.
  1. Kolam renang
  2. Dewan gimnastik
  3. Bilik kecergasan / Latihan beban
  4. Stor sukan
  5. Kawasan berpagar tempat menyimpan peralatan sukan yang besar seperti tiang gol.
  6. Kawasan pantai
4.9
Cuaca / Musim
4.9.1
Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat lapang semasa cuaca buruk dan adanya kilat atau petir.
4.9.2
Adalah tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sukan semasa hujan dan ribut petir, sama ada di padang atau kolam renang.
4.9.3
Aktiviti sukan hendaklah ditamatkan apabila cuaca tidak mengizinkan
4.10
Laporan kemalangan atau kecederaan
4.10.1
Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua atau guru besar dengan segera.
4.10.2
Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan.
4.11
Aktiviti Sukan Kemahiran Tinggi
4.11.1
Segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-lain yang memerlukan kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan yang bertauliah.
4.11.2
Pastikan ada ‘life saver’ yang bertauliah semasa aktiviti-aktiviti sukan renang dijalankan.
4.12
Pelaporan Aktiviti (Penilaian)
4.12.1
Guru pengiring mestilah membuat laporan kepada pihak sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.


L.   TUGAS-TUGAS GURU DALAM CUTI PENGGAL SEKOLAH

Adalah dimaklumkan bahawa semua guru sebagai kakitangan kerajaan, adalah tertakluk kepada perenggan 15 Bab A dan perenggan 50 (a) Bab C, Perintah-perintah Am.

Peraturan-peraturan yang dimaksudkan itu adalah berbunyi :
Perintah-perintah Am – Bab A
1.
“Seorang pegawai adalah dikehendaki menjalankan segala tugas jawatannya dan lain-lain tugas sesuai yang ia mungkin diarahkan untuk menjalankannya dari semasa ke semasa.”
Perintah-perintah Am – Bab C
2.
50 (a), “Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun.
3.
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Pelajaran telah menerima beberapa sungutan dan guru-guru yang menyatakan tidak puas hati dengan pelaksanaan peraturan-peraturan yang tersebut dalam perenggan 2 di atas sehingga mendatangkan beberapa kesulitan kepada guru berkenaan. Misalnya, mesyuarat guru-guru diadakan pada pertengahan cuti sekolah menyebabkan guru yang tinggal atau berada di luar daerah/negeri atau bercuti di tempat-tempat lain terpaksa kembali untuk menghadiri mesyuarat sehari. Seterusnya, pernah berlaku di mana guru dipanggil balik satu dua hari pada pertengahan cuti sekolah untuk menguruskan perkara-perkara yang tidak seberapa mustahak. Kadang kala, guru dipanggil balik ke sekolah tanpa tugas-tugas tertentu.
4.
Adalah dicadangkan bahawa pengetua hendaklah merancangkan segala tugas di waktu cuti penggal sekolah dengan lebih awal supaya tugas-tugas akan dapat dibahagikan dengan saksama dan teratur. Dengan ini, kesulitan yang dihadapi guru-guru dapatlah dikurangkan. Kementerian Pendidikan bersetuju pada prinsipnya bahawa guru-guru tidak seharusnya diwajibkan bertugas secara bergilir-gilir untuk menjalankan tugas-tugas ketika Pengetua / Penolong Kanan tidak bercuti semasa cuti penggal, khasnya pada pertengahan cuti penggal sekolah.
5.
Sukacita kiranya tuan dapat memaklumkan kepada semua Pengetua mengenai perkara ini.

N.     PERANAN DAN TUGAS GURU TINGKATAN PADA HARI PENDAFTARAN SEMUA    
         PELAJAR KE SESI PERSEKOLAHAN YANG BARU

1.
Guru tingkatan masuk ke dewan untuk sesi roll call dan mengambil kehadiran pelajar.
2.
Selepas perhimpunan, pelajar masuk ke bilik darjah masing-masing bersama dengan guru tingkatan. Dengan bimbingan guru tingkatan, pelajar membersihkan kelas dan menyusun tempat duduk pelajar. Peralatan pembersihan seperti penyapu, penyodok sampah dan tong sampah diedarkan oleh pengawas yang bertugas. Guru tingkatan perlu pastikan peralatan pembersihan yang diberikan disimpan dan dijaga dengan sebaiknya oleh pelajar.
3.
Guru tingkatan menyemak senarai nama, butiran murid dan bilangan murid yang masuk kelas masing-masing. Pastikan ejaan nama dan nama penuh murid adalah mengikut surat pendaftaran sijil kelahiran. Menyerahkan senarai nama murid yang telah disemak kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
4.
Guru tingkatan membimbing pelajar dalam penubuhkan Jawatankuasa kelas dengan mengagihkan tugasan JK kelas dalam kalangan semua pelajar. Jadual JK Kebersihan Kelas mesti dipamer pada minggu kedua persekolahan pada papan notis kelas.
5.
Menerangkan VISI, MISI, MATLAMAT SEKOLAH, PERATURAN SEKOLAH, KEGIATAN KOKURIKULUM, PENGURUSAN KELAS dan MAKLUMAT PENTING YANG BERKAITAN.
6.
Terangkan Peraturan Sekolah Berpandukan Buku Panduan Peraturan Sekolah.

6.1
Masa persekolahan sepanjang tahun semasa.

6.2
Peraturan Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di kawasan sekolah.

6.3
Kehadiran ke sekolah. Bilangan hari seseorang pelajar boleh dikenakan tindakan disiplin dan tindakan cadangan buang sekolah.

6.4
Peraturan lalu lintas dan keselamatan pergi dan balik sekolah.

6.5
Kelas gantian adalah WAJIB hadir.

6.6
Kehadiran ke kelas tambahan dan bimbingan untuk mata pelajaran tertentu.

6.7
Peraturan penggunaan bilik-bilik, kawasan permainan dan dewan sekolah.

6.8
Peraturan penggunaan harta benda sekolah.

6.9
Kegiatan kokurikulum yang wajib diambil oleh setiap murid.

6.10
Lain-lain
7.
Slogan kelas / label sudut notis di belakang kelas.
8.
Kutipan yuran-yuran sekolah yang ditetapkan oleh pihak sekolah / JPNS. Surat kebenaran kepada guru kelas mengutip yuran dan sumbangan tertentu yang dikeluarkan oleh pihak pentadbir sekolah. Keluarkan resit (bercop sekolah). Serahkan kutipan kepada Pembantu Tadbir yang dilantik untuk tahun semasa untuk dimasukkan ke dalam bank. Asingkan kutipan mengikut kategori – Insuran takaful, Yuran MSSM, Sumbangan Pembangunan, sumbangan PIBG, majalah sekolah, diari dan buku panduan pelajar cemerlang dan lain-lain.
9.
Hal-hal lain.

O.     PENGURUSAN KELAS AKHIR TAHUN

1.
Guru tingkatan masuk ke kelas untuk mengambil kedatangan pelajar.
2.
Membersihkan kelas. KEMBALIKAN peralatan penyapu, penyodok sampah dan tong sampah kepada pengawas bertugas.
3.
Menyerahkan senarai nama murid (TERKINI) kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
4.
Peringatan kepada semua pelajar:

4.1
Masa persekolahan sepanjang tahun seterusnya

4.2
Pelajar yang menghilangkan buku teks hendaklah mengantikan dengan buku yang baru.

4.3
Pelajar yang memohon berpindah sekolah pastikan mereka dapatkan dokumen penting terlebih dahulu sebelum berpindah.

4.4
Mana-mana yuran belum dijelaskan perlu diselesaikan (rekod / resit).

4.5
Kegiatan Kokurikulum.

4.6
Menggunakan masa cuti dengan sebaiknya.
5.
Mengembalikan kad laporan kepada semua pelajar.
6.
Menyerahkan majalah sekolah kepada pelajar yang membuat pesanan.
7.
Hal-hal lain.

P.   CONTOH LAPORAN  KETIDAKHADIRAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Miri

Senarai pelajar berikut tidak hadir ke sekolah kerana mengikuti aktiviti Gerko.

Nama aktiviti : ……………………………………………………………………………...
Tarikh : ……………………….Hingga :…………………….…Masa :…………………...
Guru bertanggungjawab :…………………………………………………………………...

Bil
Nama pelajar
No. KP
Kelas
Tel. Ibu bapa




































Sila guna borang tambahan sekiranya senarai di atas tidak mencukupi.

Disediakan oleh                                                                       Diluluskan oleh

(                                                )                                              (                                                )
Q.     BORANG POST MORTEM PROGRAM YANG DIJALANKAN DI SMK   ST.JOSEPH MIRI

Nama program :……………………………………………………………………………..

Tarikh perlaksanaan :………………………………………………………………………..

Jawatankuasa :……………………………………………………………………………...

Bil
Kekuatan
Kelemahan
Cadangan














Nota : Komen dan cadangan hendaklah secara profesional dan idea yang membina. Sesebuah organisasi yang berjaya adalah hasil daripada profesionalisme semua warga dalam organisasi tersebut.

Disediakan oleh :
                       


(                                                           )
Tarikh:




BAB 4

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB



A.    PENGETUA

Bidang Tugas
1. Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
2. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
3. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
4. Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67 1982 (Pindaan)

Senarai Tugas
1. Pengurusan Kurikulum – Kerja Ikhtisas
1  1.1 Menyedia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan Kementerian Pendidikan.
1.2 Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan.
1.4 Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
1.5 Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan.  Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan.
1.6 Menyelia dan mencerap proses P&P.
1.7 Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar – Buku profil, Buku Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke semasa.
1.8 Mengajar sebilangan waktu.
1.9 Menentukan keberkesanan penggunaan PSS.
1.10 Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
1.11 Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan.
1.12 Menentukan polisi untuk aktiviti kokurikulum.

2. Pembangunan Diri Pelajar
2.1 Memastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar seperti Kemahiran Mengurus Diri, Kemahiran Belajar Motivasi.
2.2 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.

3. Pengurusan dan Pembangunan
3.1 Pelajar
3.3.1 Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.
3.3.2 Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
3.3.3 Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
3.3.4 Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.
3.3.5 Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan mengikut peraturan.
3.3.6 Menandatangani surat akuan akuan serta sijil berhenti sekolah.
3.3.7 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
3.3.8 Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
3.3.9 Mengambil langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada dalam kawasan sekolah.
3.3.10 Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.


3.2 Pengurusan Personel
3.2.1 Menentukan proses pendaftaran/pelantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta staf sokongan dilaksanakan.
3.2.2 Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa tentang sasaran dan mutu kerja.
3.2.3 Menentukan tugas dan bidang kerja (development of staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.
3.2.4 Memastikan guru memiliki permit mengajar/Buku Biru (Pendaftaran Guru).
3.2.5 Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai yang melanggar Arahan Perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.
3.2.6 Menjaga kebajikan pegawai.

3.3 Kewangan
3.3.1 Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.
3.3.2 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA dan KERAJAAN.
3.3.3 Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.
3.3.4 Mengawal stok dan harta benda sekolah.
3.3.5 Mengawal perbelanjaan supaya menepati keperluan proses P&P.

3.4 Kemudahan fizikal
4.4.1 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik.
4.4.2 Mempertingkatkan keceriaan sekolah.
4.4.3 Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik.
4.4.4 Memastikan perabot sentiasa mencukupi dan dalam keadan baik.
4.4.5 Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah.

4. Pembangunan Organisasi dan Diri
4.1 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.
4.2 Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri.
4.3 Mengawal “Learning Experiences” pelajar.
4.4 Merancang kursus kesedaran dan peneguhan kendiri guru.
4.5 Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.

5. Pembangunan Kendiri
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2 Menjalankan kajian dan tindakan bagi menjamin kesinambungan pengurusan sekolah (R&D).
5.3 Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.4 Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada pihak yang memerlukan.
5.6 Menjadi Penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Sekolah.
5.7 Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan dan agensi-agensi luar.
5.8 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan seperti PPSMS, STU, Persatuan Matematik dan Sains Sarawak.




B.    PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Bidang Tugas
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kokurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
4. Membantu pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang.
5. Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran.
6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Senarai Tugas
1. Kurikulum
1.1 Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain-lain.
1.2 Memastikan pengurusan panitia pelajaran teratur dan berkesan.
1.3 Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
1.4 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
1.5 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
1.6 Mengkaji segala laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.
1.7 Membantu merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
1.8 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
1.9 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PPG, JPN dan KPM.
1.10 Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku bacaan.
1.11 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti.

2. Pengurusan
2.1 Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah.
2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru serta staf sokongan.
2.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat.
2.4 Membantu merancang takwim sekolah.
2.5 Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
2.6 Membantu menyelia anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.7 Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.
2.8 Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
2.9 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.10 Menjadi penandatangan kedua-dua cek sekolah.
2.11 Menjaga dan menyemak stok/inventori peralatan sekolah.

3. Pembangunan Diri Pelajar
3.1 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan sekolah/keindahan dan kebersihan sekolah.
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran.
3.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

4. Pembangunan Organisasi
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala sekolah dengan ibu bapa/masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus/latihan untuk personel.

5. Pembangunan Kendiri
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
5.4 Menghasilkan artikel-artikel ikhtisas dan pengurusan.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

C.    PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Bidang Tugas
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa, penerbitan dan pencetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah.
4. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang.
5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti dalam bahagian 3 di atas.
6. Menjalankan tugas-tugas, arahan Pengetua dari semasa ke semasa.

Senarai Tugas
1 Pembangunan Diri Pelajar
1.1 Disiplin
1.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
1.1.2 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
1.1.3 Menjadi guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
1.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
1.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
1.1.6 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/ masyarakat.

1.2 Bimbingan dan Kaunseling
1.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling pelajar serta menyediakan laporan diperlukan.
1.2.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
1.2.4 Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi pelajar-pelajar baru

1.3 Program Perlindungan Pelajar
1.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.
1.3.2 Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.

1.4 Kesihatan
1.4.1 Mengurus kemudahan rawatan pelajar.
1.4.2 Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna.
1.4.3 Menguruskan kad 001M DAN Buku Kesihatan Murid.
1.4.4 Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
1.4.5 Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.

1.5 Skim Pinjaman Buku Teks
1.5.1 Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
1.5.2 Mengurus kutipan data, mengawal buku stok dan bilik SPBT.
1.5.3 Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.
1.6 Biasiswa dan Bantuan
1.6.1 Menyelenggarakan perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
1.6.2 Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan.
1.6.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar.

2. Pengurusan
2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran pelajar.
2.2 Mengurus kemasukan dan penempatan pelajar.
2.3 Menguruskan pertukaran pelajar.
2.4 Menyemak buku kedatangan harian pelajar.
2.5 Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
2.6 Menyemak buku/kad kemajuan pelajar/kad 001M.
2.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.8 Membantu merancang takwim sekolah.
2.9 Membantu memantau kutipan yuran sekolah daripada pelajar / ibu bapa oleh guru tingkatan

3. Kokurikulum
3.1 Sukan dan Permainan
3.1.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
3.1.2 Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

3.2 Kelab/Persatuan
3.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

3.3 Unit Beruniform
3.3.1
3.3.2 Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform.  Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.

4. Pembangunan Organisasi
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus/latihan untuk personel.

5. Pembangunan Kendiri (Self-Development)
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan tugas bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

D.    PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Bidang Tugas
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aktiviti, kokurikulum iaitu sukan/ permainan, kelab/ persatuan dan unit beruniform.
4. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang.
5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.





Senarai Tugas
1. Kokurikulum
1.1 Sukan dan Permainan    
1.1.1 Membantu merancang, melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
1.1.2 Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
1.1.3 Mengurus pemilihan peserta sukan untuk mewakili sekolah.
1.1.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya.
1.2 Kelab/ Persatuan
1.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.
1.2.2 Memastikan pelaksanaan program kelab/persatuan berjalan mengikut jadual.

1.3 Unit beruniform
1.3.1 Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah.
1.3.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.
1.3.3 Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.

2. Pengurusan
2.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
2.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil.
2.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah/artikel sekolah.
2.5 Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
2.6 Menguruskan dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
2.7 Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
2.8 Mengenal pasti guru/pelajar yang berpotensi untuk maju dan mengadakan program khas untuk mereka.

3. Pembangunan Diri
3.1 Membantu merancang program pembangunan diri pelajar seperti perkhemahan tahunan, Hari Kokurikulum, Hari kantin dan lain-lain.

4. Pembangunan Organisasi
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus/latihan untuk personel.

5. Pembangunan Kendiri
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian tindakan bagi menjamin kesinambungan  kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
5.4 Menghasilkan artikel-artikel ikhtisas dan pengurusan.
5.5 Memberi kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan.
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

E.     PENOLONG KANAN PETANG

Bidang Tugas
1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan guru-guru Penolong Kanan.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah bagi sesi petang.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran.
5. Membantu mengeratkan perhubungan antara guru sesi pagi dan petang.
6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan.

Senarai Tugas
1. Kurikulum
1.1 Membantu dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sesi petang.
1.2 Menyusun jadual waktu kelas guru serta menyediakan jadual waktu ganti.
1.3 Menyelaras kegunaan pusat sumber, program radio dan televisyen pendidikan dan sebagainya.
1.4 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan bimbingan dan pemulihan.
1.5 Menyelaras pengurusan peperiksaan dan penilaian.
1.6 Menentukan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sesi petang.
1.7 Mengkaji, melapor kegiatan kurikulum dan tindakan susulan bagi guru dan pelajar sesi petang.
1.8 Memeriksa buku pelajar secara rawak.

2. Kokurikulum
2.1 Menyelaraskan kegiatan kokurikulum, persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform.
2.2 Membantu merancang takwim kokurikulum sekolah.
2.3 Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

3. Pengurusan
3.1 Merekod segala jenis cuti yang diambil oleh guru-guru sesi petang.
3.2 Menyelaras pungutan yuran, derma dan jenis pungutan lain.
3.3 Menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat, makmal, bengkel dan pekerja am sekolah bagi sesi petang.
3.4 Membantu merancang takwim sekolah.
3.5 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
3.6 Menyemak buku kedatangan pelajar petang.
3.7 Menguruskan hal-hal kemasukan dan pertukaran pelajar sesi petang.
3.8 Menguruskan hal-hal pinjaman buku teks yang berkaitan dengan pengagihan dan pemulangan.
3.9 Mengurus hal-hal biasiswa.
3.10 Membantu hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah sesi petang.

4. Pembangunan Diri Pelajar
4.1 Menentukan penerapan amalan dan nilai murni disampaikan secara bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.
4.2 Memastikan peraturan sekolah dilaksanakan dan dipatuhi.
4.3 Merancang dan menyelaras program Bimbingan dan Kaunseling bagi pelajar sesi petang.
4.4 Merancang dan melaksanakan program kebajikan pelajar sesi petang.
4.5 Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar sesi petang semasa mereka berada di sekolah.
4.6 Mengurus kemudahan rawatan kesihatan pelajar sesi petang.

5. Pembangunan Organisasi
5.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/masyarakat.
5.2 Mengadakan kursus/latihan untuk personel.

6. Pembangunan Kendiri
6.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
6.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
6.3 Menjalankan kajian tindakan menjamin kesinambungan bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
6.4 Menghasilkan artikel-artikel dalam bidang ikhtisas dan pergurusan.
6.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
6.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

F.    GURU KANAN MATA PELAJARAN

Bidang Tugas
1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya.
3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.
6. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya, dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/maktab/Universiti dan seumpamanya.
7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu. Akan tetapi, bilangan waktu mengajar boleh diubah mengikut keperluan sekolah atas arahan pengetua.

Senarai Tugas
1. Kurikulum
1.1 Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Tahunan / Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.
1.3 Menjalankan penyeliaan atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Membimbing guru terlatih, guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka.
1.5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan.
1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya.
1.7 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktivit-aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengayaan.
1.8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah, JPN dan KPM.
1.9 Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.
1.10 Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain-lain yang diarahkan oleh Pengetua.
1.11 Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staf.
1.12 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru.
1.13 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluas amalan-amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum.
1.14 Mengenal pasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk mengatasinya.

2. Kokurikulum
2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik untuk membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
2.2 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya.


3. Pengurusan
3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya.
3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.
3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.4 Membantu merancang takwim sekolah.
3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
3.6 Menyelia anggaran belanjawan tahunan sekolah dan kawalan perbelanjaan.
3.7 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
3.8 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.9 Memastikan penerapan nilai-nilai murni dan amalan mulia berlaku di bilik darjah dan sekolah.
3.10 Memastikan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriaannya.
3.11 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar dan program Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.

4. Tugas Lain
4.1 Berhubung dengan PKG, PPG dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri tentang apa juga maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.
4.2 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan.
4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data maklumat tentang semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.
4.4 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan, penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
4.5 Membantu merancang dan menyelia program dan kebersihan sekolah.
4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari masa ke masa.

G.    KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

Bidang Tugas
1. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akademik dalam peperiksaan PMR, SPM dan Peperiksaan Dalaman.
2. Membincangkan hal-hal tersebut.
2.1 Rancangan pelajaran
2.2 Buku teks
2.3 Sukatan pelajaran dan huraian
2.4 Peningkatan pengajaran dan pembelajaran
2.5 Peperiksaan dan penilaian
2.6 Bahan bantu mengajar
2.7 Pemulihan
2.8 Kerja latihan
2.9 Implementasi Rancangan Akademik Sekolah Jangka Panjang dan Jangka Pendek
2.10  Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran
2.11 Menyediakan SKU  Panitia mata pelajaran
3. Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada) dan alat-alat bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.
4. Melaksanakan rancangan lima tahun akademik sekolah (PIPP)
5. Mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986 Panitia Mata Pelajaran

Panitia Mata Pelajaran
1. Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata-mata pelajaran di sekolah-sekolah.  Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata-mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya.  Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata-mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.
2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.
3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuhkan atau memperkemas lagi panitia mata-mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.
3.1 Latarbelakang
Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan keberkesanan guru mengajar.  Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama menggemblengkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.  Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan keberkesanan mereka.  Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih sistematik dan bersepadu.  Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari peluang penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.
3.2 Struktur dan Organisasi
3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah (sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran).
3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara automatik menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.  Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.
3.2.5 Di sekolah-sekolah yang Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran
3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran-pembelajaran
3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.
3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah
Mewujudkan semangat bekerjasama antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.
3.4 Peranan Panitia
3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia
3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan.  Rancangan mengajar ini diselaraskan antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga antara tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan yang berkaitan.
3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka
3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan ke pusat sumber sekolah
3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank item.
3.4.6 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ‘ad hoc’ bila dan jika perlu.
3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut
3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh setelah mengikuti kursus atau seminar dan ahli-ahli lain
3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan
3.4.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.
3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia
3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

H.    GURU MATA PELAJARAN

Bidang Tugas
1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-Pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir setiap penggal bagi semua tingkatan.
Senarai Tugas
1. Menyediakan sebuah Buku Rekod Mengajar yang dikemaskini dan menghantar kepada Pengetua untuk disemak pada masa yang ditetapkan.
2. Melaksanakan proses P&P berpandukan kepada Rancangan Mengajar yang telah disediakan.
3. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk
tempoh setahun/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut Rancangan Pelajaran disediakan.  Sila rujuk SPI BIL.3/199
4. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.  Menyerah/ menujukkan buku latihan murid kepada Pengetua atau wakil pada masa yang dikehendaki.
5. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar.  Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar
6. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan
7. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.
8. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh KPM/JPN dan PPD.
9. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel kh/Bilik ERT/Sains Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.
10. Menghadiri mesyuarat/taklimat tentang mata pelajaran yang berkenan sama ada yang dikelolakan oleh KPM/JPM/PPG.  Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
11. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran
12. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
13. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas.  Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
14. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar
15. Membantu menguruskan Bank Soalan.
16. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin
17. Bekerja sebagai ‘Team Player’

I.     GURU PENYELARAS TINGKATAN

Senarai Tugas
1. Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam tingkatan di bawah jagaannya.  Persetujuan guru Penolong Kanan/Penyelia Petang perlu diminta terlebih dahulu.
2. Kuota pelajar mengikut kaum seboleh-bolehnya dipatuhi.  Pengetua/Guru Penolong Kanan/Penyelia petang mesti dimaklumkan
3. Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan minat/aliran bagi pelajar Ting. 4 dan 5.
4. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT).
5. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak untuk diberi bantuan/biasiswa.
6. Memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan/Penyelia Petang tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dari masa ke masa.
7. Penyelaras Tingkatan 3 dan 5 sekaligus bertindak sebagai penyelaras peperiksaan PMR dan SPM dan Program Kelas Tambahan PMR dan SPM.
8. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam daftar masuk (ikut tingkatan) dengan kemas dan teratur.
9. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika perlu pertukaran pelajar;
9.1 Buku Kad Kemajuan Pelajar
9.2 Kad Gerko/Buku Gerko
9.3 Kad 001M
9.4 Borang Kelulusan Pinjaman Buku Teks
9.5 Keterangan-keterangan kerja kursus KHB, PI, Sejarah, Geografi, PSV, ULBS, dan PEKA.
10. Sentiasa mengemaskinikan fail-fail pertukaran pelajar.  Fail tersebut mesti disimpan di pejabat.  Kerjasama Pembantu Am Rendah (Pejabat) perlu diminta
11. Bekerjasama dengan guru tingkatan bagi menyiapkan Sijil-Sijil di peringkat sekolah iaitu:
11.1 Sijil Ujian Lisan Bahasa Melayu
11.2 Sijil Ujian Lisan Bahasa Inggeris
11.3 Sijil Berhenti dan Sijil-Sijil lain
12. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PMR dan SPM
13. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan
14. Berada di sekolah pada hari pendaftaran pelajar baru dan membantu guru Tingkatan, Peralihan, dan Tingkatan Satu untuk mengagihkan kemasukan pelajar
15. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir pelajar dalam Buku pendaftaran
16. Menyemak fail-fail kemasukan pelajar dan memastikan fail dikemaskini
17. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Pelajar.  Buku ini mesti disimpan di pejabat.
18. Menyimpan borang-borang kemasukan pelajar baru dalam fail daftar masuk mengikut kelas
19. Memastikan pelajar baru ditempatkan di tingkatan-tingkatan mengikut tahap.
20. Membantu guru tingkatan dalam proses kutipan yuran dan sumbangan sekolah.
21. Membantu juru odit dalaman sekolah dalam pemantauan kutipan yuran dan sumbangan sekolah.
22. Menyelaras Sistem Maklumat Murid (SMM) bagi tingkatan yang berkenaan.
23. Mengumpul maklumat SMM daripada guru tingkatan yang bekenaan bagi bulan Januari dan Jun setiap tahun.


J. GURU TINGKATAN

Senarai Tugas
1. PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS
1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua tingkatan, penolong ketua tingkatan, bendahari, AJK kebersihan dan AJK Keceriaan; memastikan AJK kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan tulis, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan AJK keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke masa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu untuk kelas)
1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
a) Jadual waktu P & P
b) Jadual tugas Kebersihan, Keceriaan dan Papan Notis / Sudut Mata Pelajaran
c) Perabot kelas seperti kerusi, meja pelajar dan meja guru dan papan tulis diinventorikan.
d) Misi dan Visi Sekolah serta Moto kelas
e) Alat pembersihan seperti penyapu, tong sampah dan penyodok.
1.3 Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
1.4 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.
1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
1.6 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar. Tabung ini adalah bertujuan yang berikut:
a) Keceriaan kelas
b) Kebajikan pelajar
2. JADUAL KEDATANGAN DAN KEHADIRAN PELAJAR
2.1 Menandakan jadual kedatangan harian selewatnya-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat.
2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis.
2.3 Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
2.4 Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggarakan seperti yang diarahkan:
a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan
b) Menjamin keselamatan buku tersebut
3. LAPORAN PELAJARAN, SIJIL BERHENTI, SURAT AKUAN DAN KOD 001M
3.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar.
3.2 Mengisikan markah dan menbuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kad kemajuan pelajar bagi setiap semester / penggal.
3.3 Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa.
3.4 Mengambil kad 001M daripada penyelaras kad 001M.
3.5 Menyedia dan mengisi:
a) “Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan sekolah
b) kad 001M
c) Sijil berhenti dan surat akuan bagi pelajar yang meneruskan persekolahan.

4. MASALAH PEMBELAJARAN, KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN
4.1 Memberi galakkan, motivasi dan merangsang minat pelajar dalam  akademik.
4.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberi hadiah (jika perlu).
4.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
4.4 Melaporkan kepada guru bimbingan dan kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan pelajar.
4.5 Melaporkan kepada guru kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.
4.6 Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut:
a) Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang ‘Melanggar Peraturan Sekolah’ yang boleh diperoleh daripada penyelaras tingkatan atau bilik tatasusila.
b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.
5. BUKU TEKS, BIASISWA DAN BANTUAN
5.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.
5.2 Mengemaskini fail SPBT dari masa ke masa.
5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyediakan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberi senarai itu kepada guru SPBT.
5.4 Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada guru kebajikan.
5.5 Melaporkan kepada guru biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan prestasi pelajaran dalam kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.

6. KUTIPAN YURAN DAN DERMA
6.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus sebelum semester 1 tamat.
6.2 Mengutip Sumbangan Pembangunan Sekolah, Sumbangan PIBG dan Yuran Sekolah yang lain.
6.3 Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
6.4 Menyerahkan wang kutipan Yuran Sekolah (Wang SUWA) kepada Pembantu Tadbir, Sumbangan PIBG kepada bendahari PIBG dan Ssumbangan Pembangunan Sekolah kepada pegawai Lembaga Pengurusan Sekolah yang dilantik untuk tahun semasa.
6.5 Mengeluarkan Surat Peringatan kepada para ibu bapa dari masa ke masa supaya menjelaskan semua yuran atau sumbangan selewat-lewatnya pada 31 Mei setiap tahun.

7. PENDAFTARAN PELAJAR BARU
7.1 Menerima kemasukan pelajar baru daripada penyelaras tingkatan.
7.2 Mendaftar pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada penolong kanan HEM.
7.3 Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.
7.4 Menentukan penerimaan kad kemajuan pelajar dan kad 001M dari sekolah yang terdahulu.
7.5 Menentukan rumah sukan.
7.6 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

8. MURID KELUAR
8.1 Menentukan kad kemajuan pelajar dan kad 001M dihantar ke pejabat.
8.2 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 3 dan 5.
8.3 Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
8.4 Menentukan buku teks dikembalikan.
8.5 Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

9. PENDAFTARAN SUKAN, PERMAINAN DAN LAIN-LAIN
9.1 Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan
9.2 Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada penyelaras kokurikulum.
9.3 Menggalakkan pelajar cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

10. GURU KAUNSELOR DAN GURU DISIPLIN
10.1 Menjalankan tugas sebagai seorang guru kaunselor
10.2 Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin

11. SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM)
11.1 Mendapatkan maklumat yang lengkap yang tertera dalam Borang SMM daripada pelajar atau ibu bapa pelajar.
11.2 Memasukkan maklumat SMM ke dalam perisian SMM untuk kelas yang berkenaan.
11.3 Memastikan maklumat yang diperolehi adalah benar dan lengkap.
11.4 Mengemaskini dan menghantar maklumat SMM kepada Penyelaras Tingkatan bagi bulan Januari dan Jun setiap tahun.




K.   GURU SIARAYA

Senarai Tugas
1. Bertanggungjawab memastikan bahawa sistem PA sekolah berfungsi dengan sempurna dan disimpan di tempat yang selamat.
2. Memastikan bahawa pelajar dapat mendengar dengan jelas segala pengumuman dan siaran lain yang dibuat melalui sistem PA sekolah.
3. Bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan stok alat-alat pembesar suara.
4. Menguruskan segala permohonan untuk meminjam alat-alat PA oleh pihak awam dan pertubuhan-pertubuhan kokurikulum sekolah serta memastikan pemulangan dibuat mengikut tarikh dan dalam keadaan baik
5. Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya sistem PA berfungsi dengan baik dan berkesan.
6. Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika terdapat kerosakan.
7. Menyemak stok pada akhir setiap penggal.
8. Memastikan alat-alat PA selamat digunakan termasuk keselamatan pemasangan sekiranya melibatkan pelajar.

L.    GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN “SMILING DUTY”

Senarai Tugas
1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu, kipas dan tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan di kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera serta munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekod nama pelajar yang memohon.
8. Mengawasi pelajar supaya menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas. Antara perkara-perkara yang dicatat ialah:
12.1 Kehadiran pelajar, guru dan staf sokongan
12.2 Pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit
12.3 Lawatan-lawatan / pelawat
12.4 Ucapan / Pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
12.5 Laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan.
13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporan terus kepada pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.
14. Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.
14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan.
14.3 Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

M.    PEMBANTU MAKMAL / PEMBANTU MAKMAL RENDAH

Senarai Tugas
1. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan).
2. Menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui guru kanan sains / pengetua.
3. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains.
4. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
5. Menyediakan bahan keperluan yang diminta oleh guru.
6. Menjaga makmal dan memastikan makmal berkeadaan bersih, kemas da selamat.
7. Memastikan bahan ubatan di dalam kotak kecemasan sentiasa mencukupi.
8. Mengutamakan langkah keselamatan dalam sesuatu kecemasan.
9. Memastikan radas dan bahan kimia dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.
10. Memastikan bilik makmal berada dalam keadaan kemas dan bersih serta semua tingkap dan penutup gas besar / paip air ditutup sebelum mengunci makmal.
11. Menjalankan tugas-tugas harian / rutin:
11.1 Menyediakan radas-radas dan larutan kimia untuk eksperimen
11.1.1 Menyediakan 8 – 10 set radas sains yang diperlukan oleh guru sains untuk eksperimen.
11.1.2 Mengisi botol-botol reagen, aspirator dengan larutan kimia, larutan indikator dan larutan lain yang sentiasa mencukupi serta menukar label di botol reagen jika perlu.
11.1.3 Menyediakan carta-carta, projektor slaid, OHP, slaid mikroskop dan transparensi untuk pengajaran sains.
11.1.4 Menyimpan dan mengemas radas-radas yang telah digunakan ke tempat asalnya.
11.1.5 Melengkap radas pelajar di makmal Kimia dan makmal Fizik.
11.2 Membuka, mengunci dan menjaga keselamatan dan kebersihan makmal
11.2.1 Membuka makmal Fizik, Biologi dan Kimia serta stor.
11.2.2 Membersihkan makmal Fizik, Biologi dan Kimia serta stor.
Membersihkan papan tulis, singki, meja guru dan pelajar serta kebuk wasap dan sebagainya.
Mengembalikan alat-alat reagen botol kimia, model sains, carta dan radas lain ke tempat asalnya selepas eksperimen dijalankan.
Mencuci bilik makmal pada cuti penggal sekolah.
Mengecat permukaan meja guru dan pelajar di makmal pada cuti penggal sekolah.
Memastikan lampu, kipas, tingkap-tingkap, pintu makmal dan stor ditutup serta dikunci sebelum pulang.
11.3 Membantu mengurus buku stok / inventori
11.3.1 Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta memasukkan ke dalam stor dan mencatat dalam Buku Utama dan Kad Stok.
11.3.2 Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan.
11.3.3 Menyemak stok di makmal Fizik, Biologi dan Kimia dan mencatat dalam Buku Stok.
11.3.4 Menyemak stok BBM.
11.3.5 Menyemak alat-alat yang pecah dan rosak dan merekodkannya di dalam buku stok.

N.   PEMBANTU TADBIR (BAHAGIAN KEWANGAN)

Senarai Tugas
1. Menyediakan :
1.1 Tuntutan gaji
1.2 Biasiswa
1.3 Tuntutan elaun lebih masa pekerja
1.4 Tuntutan bantuan perkapita
1.5 Pembayaran bil-bil
2. Mengemaskini :
2.1 Buku tunai - Akaun kerajaan
                    - Akaun SUWA

3. Mengurus :
3.1 Cek-cek
3.2 Kira-kira yuran khas pelajar dan menyimpan slip bank.
3.3 Pesanan barang-barang keperluan pelajar.
3.4 Stok pejabat
3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / penolong kanan dari semasa ke semasa.

O.   PEMBANTU TADBIR (BAHAGIAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN)

Senarai Tugas
Mengurus :
1. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Bantuan Kebajikan masyarakat dan lain-lain.
2. Pertukaran murid.
3. Pertukaran guru dan staf sokongan.
4. Pengesahan jawatan, pencen, peperiksaan am kerajaan dan kursus induksi.
5. Surat-surat dan rekod cuti guru / staf sokongan .
6. Sijil-sijil PMR / SPM apabila dikehendaki oleh pelajar.
7. Buku Biru / permit mengajar guru.
8. Data murid, guru dan staf sokongan.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / penolong kanan dari masa ke masa.



P.   JURUTAIP

Senarai Tugas
1. Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh pengetua (guru besar) dan penolong-penolong kanan.
2. Membantu pegawai kerani sekolah dalam menyediakan perkara di atas.
3. Menjaga serta menjamin keselamatan penggunaan mesin taip dan lain-lain alat dalam keadaan baik.
4. Menjaga dan mengemaskinikan stok, alat-alat taip seperti stensil, kertas taip dan sebagainya serta mengamalkan sikap jimat cermat.
5. Menaip borang perubahan gaji.
6. Menaip baucer.
7. Menaip penyata bulanan.
8. Menaip minit-minit mesyuarat hal-hal pengurusan guru.
9. Menaip Surat Berhenti Sekolah dan Surat Akuan.
10. Menaip tuntutan perjalanan.
11. Menjalankan semua kerja diarahkan oleh pengetua atau wakilnya dari masa ke masa.

Q.    PEMBANTU AM RENDAH

Senarai Tugas
1. Menaip surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan oleh pengetua dan penolong-penolong kanan.
2. Menguruskan buku kehadiran guru / staf sokongan.
3. Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat.
4. Membantu pembantu tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain.
5. Mengambil dan meminitkan surat.
6. Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru / staf sokongan yang berkenaan.
7. Mengepos dan mengambil surat.
8. Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar pejabat.
9. Mengemaskini sistem fail.
10. Mengemas bilik pengetua dan bilik cetak.
11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

R.    PENJAGA SEKOLAH

Senarai Tugas:
1. Melaporkan diri ke sekolah sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum waktu bertugas seperti dijadualkan dan sentiasa berada di kawasan sekolah semasa bertugas.
2. Menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja sampai di sekolah dan sebelum pulang serta meminta pengesahan daripada seseorang.
3. Membuat rondaan di dalam kawasan sekolah dari masa ke masa dan mengunci jam jaga jika ada.
4. Membuat laporan mengenai keadaan sekolah jika diperlukan dan menghubungi pengetua / polis dengan segera jika berlaku kecurian atau kecemasan.
5. Memastikan semua bilik darjah dan bilik-bilik lain dikunci selepas waktu sekolah dan dibuka semula pada hari sekolah sebelum meninggalkan kawasan sekolah setelah bertugas.
6. Memastikan semua pintu pagar dikunci selepas waktu sekolah dan pada masa cuti am / cuti sekolah.
7. Membuka pintu pagar sebelum pulang pada hari sekolah.
8. Memastikan semua kunci sekolah disimpan dengan kemas dan selamat. Kehilangan kunci hendaklah dilaporkan kepada pengetua.
9. Memadam semua lampu sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
10. Memastikan tiada orang luar dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran khas dari pengetua.
11. Mengawas pelajar / pelajar jemputan yang mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum di luar waktu persekolahan.
12. Melaporkan dengan segera segala kes kecemasan seperti kebakaran, kecurian dan kemalangan kepada bomba / polis / hospital dan melaporkan kepada pengetua.
12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / wakilnya dari masa ke masa.

S.    GURU DISIPLIN

Senarai Tugas:
1. Membantu guru besar / pengetua merangka peraturan sekolah.
2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar
5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh guru besar / pengetua.
6. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga dalam menangani masalah disiplin.
7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah dalam kalangan pelajar dan guru.
8. Mencatatkan semua kes disiplin / buku laporan disiplin.
9. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM seminggu sekali.
10. Menghubungi pihak polis jika perlu.
11. Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah (spot check).
12. Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes serius seperti:
12.1 Penyalahgunaan dadah
12.2 Gambar lucah
12.3 Video lucah
12.4 Majalah lucah
12.5 Peras ugut
12.6 Kumpulan haram
12.7 Bohsia
12.8 Bohjan dan lain-lain
13. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari yang difikirkan perlu seperti:
13.1 Hari terakhir peperiksaan awam
13.2 Hari Sukan
13.3 Hari Keluarga
13.4 Majlis-majlis sekolah

T.    PENYELARAS PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM

Senarai Tugas:
1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan / kelab / unit beruniform.
2 Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3 Menyelaras semua aktiviti.
4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pelajar memasuki  persatuan / kelab / unit beruniform.
5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkod dan difailkan.
7. Memastikan mesyuarat agung dan pemulihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
8. Menguruskan Buku / Kad Kokurikulum:
8.1 Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua murid.
8.2 Mengutip kembali daripada guru pada akhir tahun untuk disimpan dan rekod di bilik Bimbingan dan Kaunseling.
9. Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti :
9.1 Borang keahlian persatuan
9.2 Borang senarai AJK dan ahli
9.3 Buku Laporan Kegiatan
9.4 Fail-fail yang diperlukan
10. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.
11. Mengumpulkan laporan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.
12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum.

U.      SETIAUSAHA SUKAN

Senarai Tugas:
1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
2. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti yang sesuai dengan aktivti MSSD / MSSN / MSSM.
3. Membantu pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
4. Menetapkan pelajar dalam rumah sukan.
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
11. Sentiasa berbincang dengan pengetua / penolong kanan HEM / penolong kanan kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam buku rekod pencapaian sukan sekolah.
13. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

V.     MAJLIS SUKAN SEKOLAH

Senarai Tugas:
1. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek.
3. Mengenal pasti TOV (Take of Value) dan merancangkan aktiviti sukan.
4. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
7. Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman / luaran.
8. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.
9. Mendapat kerjasama badan luar melatih guru dalam program pekembangan staf.
10. Mendapat bantuan badan sukan / individu luar melatih pemain-pemain sekolah.

W.     KETUA RUMAH SUKAN

TUGAS
1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar)
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.
4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.
5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
7. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.



X.     GURU RUMAH SUKAN

TUGAS
1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan..
2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan dicatat dalam buku kehadiran.
3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5. Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
6. Mengawasi keselamatan pelajar sewaktu latihan.
7. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
8. Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.

Y.     BIDANG TUGAS JK KOKURIKULUM

1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Panjang /Pendek
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
8. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk atlet dilaksanakan di sekolah.
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
12. Memberi pengiktirafan dan pengharapan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang
13. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan.

Z. TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM

1. Pengerusi
1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.
1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan tahunan bersama-sama ahli jawantakuasa dan guru penasihat.
1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa
2. Naib Pengerusi
2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa.
3. Setiausaha
3.1 Mencatat minit mesyurat dan mengedarkannya kepada ahli.
3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru Penasihat.
3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa.
4. Penolong Setiausaha
4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
4.2 Bekerjasama dengan setiasaha.
4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa.
5. Bendahari
5.1 Mengutip wang derma daripada ahli.
5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.
5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Penasihat.
5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.
6. Ahli Jawatankuasa
6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat.