JOGGERTHON PIBG 2012

Tarikh   : 14 Julai 2012 ( Sabtu )
Masa    : 7.00 - 11.30 Pagi
Tempat : Taman Bulatan, Saberkas.

PENGENALAN
Sekolah merupakan sebuah institusi yang berperanan unuk menyediakan persekitaran yang konduksif, selamat, bersih dan ceria. Oleh itu peranannya secara langsung akan mengembanfkan potensi individu yang seimbang dari segi jesmani, emosi, rohani dan intelek seterusnya melahirkan individu yang kenal jati diri dalam era globalisasil. Justeru Joggerthon diadakan adalah untuk mengumpulkan dana bagi tabung PIBG yang akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur sekolah ini yang masih kekurangan dan uzur seperti astaka, bangunan sekolah, awning, pagar dan sistem perparitan. Walaupun dana ini dipungut untuk pembangunan ini namun murid-murid yang mencapai dan melebihi sasaran pungutan yang ditetapkan akan diberi ganjaran sebagai menghargai usaha dan sumbangan yang diberikan. Program Joggerthon juga dapat memupuk semangat kesukanan dikalangan pelajar dan sekaligus melahirkan lpelajar yang sihat dan cerdas dari aspek fizikal dan mental. Seperti kata pepatah "Badan yang sihat, otak yang cergas" seterusnya akan menjamin pembelajaran yang sempurna dan cemerlang.


PERNYATAAN MASALAH
SMK. St. Joseph telah ditubuh sejak 1932. Justeru kelihatan bangunan dan kemudahan insfrastruktur sekolah ini perlu dinaiktaraf supaya dapat mewujudkan suasana persekitaran yang konduksid dan selesa dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sehingga kini PIBG SMK St Joseph telah memberi pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan kepada SMK St Joseph dalam usaha mencemerlangkan sekolah. Pelbagai bentuk aktiviti atau program turut dianjurkan oleh PIBG St Joseph, namun kemampuan PIBG SMK St Joseph masih terbatas dan masih kekurangan tabung kewangan. Justeru keperluan dalam menaik taraf kemudahan fizikal sekolah ini memerlukan satu usaha keras semua pihak khususnya warga SMK St Joseph untuk mencapai matlamat mengumpulkan dana untuk projek pembangunan sekolah.


OBJEKTIF
-  Mengutip dana untuk menaiktaraf keadaan insfrastruktur fizikal sekolah demi kepentingan keselamatan warga SMK St Joseph Miri.
-  Mengeratkan kerjasama antara warga sekolah dengan ibubapa dan penjaga murid
-  Mewujudkan persaingan sihat dalam kesukanan.
-  Menerapkan nilai-nilai murni "Love & Serve" dalam diri pelajar terhadap tanggungjawab kepada sekolah


SASARAN
Bagi mencapai matlamat naik taraf kemudahan infrasstruktur SMK St Joseph memastikan program yang dilaksanakan adalah sentiasa terancang dan teratur, pihak pengurusan sekolah telah menggariskan perkara-perkara di bawah sebagai sasaran yang ingin dicapai iaitu ;



Projek naik taraf infrastruktur yang diperlukan
Anggaran Kos (RM)
1.
Memasang awning and gutter sepanjang koridor Blok D
10,000
2.
Membaiki lantai dan bumbung astaka padang sekolah
10,000
3.
Membaiki system perparitan kawasan sekolah
20,000
4.
Membaiki pagar sekeliling sekolah
10,000
5.
Mengecat bangunan sekolah (Blok A, E dan dewan)
50,000

Jumlah
100,000



STRUKTUR ORGANISASI INDUK

YB Datuk Lee Kim Shin - Penaung
Cik Gan Chia Ling - Penasihat (Menjalankan tugas pengetua)
En. Wendel Crocker - YDP PIBG
En. Marzuki Bin Sulong - NYPD PIBG
Cik Sandi Danel - Setiausaha PIBG
Pn. Beatrice Nun Abun - Bendahari PIBG
Pn. Zanifer Augustine - Naib PIBG
En. Lusat Tebekang - AJK Ibu bapa
Pn. Caroline Bujang - AJK Ibu bapa
En. Cheong Chee Ling - AJK Guru
Pn. Nur Laila Sheila Abdullah - AJK Guru
Cik Sabtuyah Hj. Morshidi - AJK Guru
Pn. Salmah Hj. Yaacob - AJK Guru