YFB4103 SMK SAINT JOSEPH MIRI
Alamat: | Jalan Dato Temenggong Lawai Jau, 98007 Miri, Sarawak |
Tel: | 085-43 3229 |
Faks: | 085-43 3229 |
PETA LOKASI SMK SAINT JOSEPH MIRI
SEJARAH PENUBUHAN SMK ST. JOSEPH, MIRI.
Rentetan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Joseph, Miri membuka kelas yang pertama pada tahun 1932. Murid-murid lelaki ditempatkan di gereja lama manakala murid-murid perempuan berlajar di tempat yang sekarang merupakan bangunan Jabatan Pertanian. Pada masa itu, sekolah tersebut hanya mengendalikan kelas untuk Darjah Satu, Tahap Satu, Tahap Dua dan Tahap Tiga. Walau bagaimanapun suasana mula berubah apabila perang meletus sehingga memusnahkan sekolah dan gereja kesan ledakan bom yang digugurkan pada bulan September 1945.

Pada tahun 1954 sekolah tersebut menggunakan kuarters Shell yang terletak di Jalan Angsana yang menjadi tapak sehingga kini. Walau bagaimanapun, kelas yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan pelajar yang kian bertambah hari demi hari.Bagi menghadapi masalah tersebut, sebahagian daripada pelajar menghadiri kelas di bangunan wayang Cathay yang lama yang kemudiannya ditukar nama kepada New Century Theatre.
Kekurangan kelas seterusnya dapat diatasi apabila sebuah bangunan baru-baru di Jalan Angsana siap dibina pada tahun yang sama.Bangunan tersebut telah dirasmikan pada 31 Mei. Berikutan pembinaan bangunan baru itu, Rev Father John Decker telah mendapat cetusan idea untuk menubuhkan Sekolah Menengah St. Joseph pula. Beliau mengemukakan cadangan bahawa kelas bagi sekolah rendah diadakan pada sebelah petang manakala sekolah menengah pula diadakan pada sebelah pagi.
Sebelum tahun 1962, pelajar-pelajar sekolah yang tamat Tingkata Tiga terpaksa melanjutkan pelajaran mereka di Sekolah Menengah Tanjung Lobang atau di sekolah lain yang menawarkan Tingkatan Empat seperti di Sibu atau Kuching.

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph Miri telah banyak melahirkan golongan pemimpin negeri yang terkemuka. Antaranya ialah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak iaitu Pehin Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri Sarwak iaitu Tan Sri Datuk Amar Dr. George Chan Hong Nam dan ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Senadin, Yang Amat Berhormat Encik Lee Kim Shin.

![]() |
SMK St.Joseph 1973 |
PENGETUA SMK ST. JOSEPH, MIRI ( 1964 - 2011 )
![]() |
Rev Fr. John Dekker (1964 - 1966) |
![]() |
Rev. Fr. Edmund Slowey (Sept. 1966 - 1969) |
![]() |
Rev. Fr. McClorey (1974 - Jan 1976) |
![]() |
Encik Richard Chan (April.1976 - Jan 1978) |
![]() |
Encik Nicholas Hii (Okt 1978- Jan 1993) |
![]() |
Encik Ng Cheng Soo (Nov 1993 - Jan 1995) *Pemangku Pengetua |
![]() |
Encik Marcus Hugo (Mac 1995) |
Encik Marcus Gau Lian (1996 - Sekarang) |